Adv

Tuesday, September 25, 2007

Nyariiiiisss kantoi

Nota: Usaha untuk menulis cerita dalam Bahasa Melayu

Bulan puasa dekat ofis ni meriah boleh tahan sebenarnya. Ada kuliah Ramadhan, ada majlis berbuka dan berterawih bersama-sama. Pagi petang ada tadarus Al Quran. Jumaat ni nanti ada pulak buat Bazaar Ramadhan nak bagi peluang dekat pekerja-pekerja yang bersemangat usahawan ni meniaga produk masing-masing.

Dalam pada sibuk dengan projek, tender dan menahan lapar dahaga ni, ramai jugak yang membelek fotopages yang memaparkan gambar-gambar kuih raya yang boleh diorder online/telefon/guna IM je. Sambil-sambil tu ramai juga yang tak habis-habis membelek latest Job Posting dekat Jobstreet, manalah tau kalau-kalau ada yang berkenan.

Kisah nyaris kantoi ni sebenarnya berlaku tengahari tadi, masa orang baru habis dengar kuliah Ramadhan. Aku tengah pura-pura busy update timesheet lah, buat claim lah... tiba-tiba ada orang hantar IM kat aku, tanya nak beli mercun dengan bunga api tak. Aku memang tengah nak cari bunga api pun. Price list memang dah dapat sejak semalam, tapi setakat ada nama mercun ngan bunga api je. Macamana rupa parasnya aku tak tau pun. Yang aku boleh imagine, Pop-Pop tu je lah.

Lepas tu, tokey mercun suruh aku turun kat floor dia tengok barang. Turun bawah, tengok-tengok ada lagi dua muka geng mercun macam aku jugak dah get ready nak inspect barang. Sorang tu pengantin baru, yang sorang lagi tu Mak Buyung.
Tokey mercun bawaklah kitorang bertiga masuk ke dalam satu stor kecik yang amat tersembunyi sekali lokasi nya. Luasnya adalah lebih kurang 4kaki X 5kaki.

Mula-mula tokey mercun bawak keluar gambar-gambar bunga api dengan mercun yang dia supply. Kitorang pun belek-belek lah sambil berdiskusi yang mana paling gempak, yang mana boleh nyala meriah macam KLCC time New Year. Kemudian tokey mercun pun me'reveal'kan barang-barangnya yang tersusun kemas dalam sebijik kotak server besar kat belakang pintu bilik tu. Kami pun bukan main kagum lagi melihat bunga api dan mercun yang beraneka jenis dan warna. Ada yang harga sampai lima nam ratus pun ada. Kalau bakar yang tu malam raya, rumah omak ekau kek kampung tu nanti jadik macam Stadium Paroi, Milah oiiii!
Yang paling excited belek bunga api tu adalah aku dan Mak Buyung tu. Mak Buyung tu memang pelanggan setia tokey mercun tu sejak dulu kala lagi. Jadi, dia memang arif bebenor le dengan produk yang tertimbun depan mata tu.

Tengah dok asyik berdiskusi, tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki di sebalik daun pintu. Dia menghampiri seorang System Administrator di luar bilik kecik yang penuh rahsia itu. Kemudian, terdengar suara lelaki itu bertanya sesuatu kepada SA yang sedari tadi sedang leka melayan website kereta kesukaannya. Tiba-tiba, kami berempat di dalam bilik rahsia itu terdiam dan berbisik sesama sendiri, 'Alamak Mr. DS.....'

Tokey mercun perlahan-lahan menutup pintu bilik kecik itu dan menguncinya dari dalam. Kami semua menutup mulut menahan gelak sambil menahan nafas. Mr. DS sebenarnya ialah salah seorang big boss di sini. Dia memang old skool. Kalau siapa kantoi dengan dia memang selamat kena brainwash punya.

Tokey mercun yang sememangnya sedar perniagaan tak berlesennya itu bakal menghumbannya ke kancah 'tindakan disiplin' cepat-cepat menelefon akak secretary di luar. Mintak tolong bagi signal bila Mr. DS dah berlalu dari situ.

Tapi Mr. DS tu lama lah pulak bersembang dengan SA yang sorang tu. Di dalam bilik kecik tu pulak kami berempat dah berebut-rebut oksigen dan gabra nak mampus sebenarnya. Kalau Mr. DS ketuk bilik tu dan jumpa kami berempat tengah buat transaction di dalam suasana yang amat mencurigakan, mesti terus kena lecture dan-dan tu jugak. Masa tu aku asyik bayangkan reaksi Mr. DS tu kalau dia ternampak bunga api dengan mercun yang berbakul-bakul kat dalam kotak server tu. Hancurlah cita-cita nak dapat increment lebat tahun depan.

Lebih kurang 5 minit kemudian (yang rasa macam forever), barulah Mr. DS keluar dari situ. Akak secretary pun talipon tokey mercun mengatakan Mr. DS dah naik lift dan kami selamat untuk keluar dari situ.

Leganya tak terkata. Keluar aje, terus sambung semula diskusi bunga api mana nak beli. Kebetulan ada dua orang budak pompuan trainee kat luar tu, terkulat-kulat je memerhatikan kekalutan bebudak senior yang tak sedar diri ni.

Sebaik saja aku nak keluar dari situ, ada lagi pelanggan tokey mercun yang baru sampai sambil tersengih-sengih sebab dia awal-awal dah tahu kitorang nyaris kantoi ngan Mr. DS tadi.

14 comments:

all jazzed up said...

Wei, dah tua-tua pun main sembunyik2 macam kat STF dulu ek? Your story reminds me of hiding in the sick bay bathtub... from Kak Normah the ogre. Hee hee...

Nour said...

sanggup tu dok dalam stor all for the fun of bunga api..hahhahaha I would do the same too la kan if it happens to me :P

Bestla u, office I so far tak de org jual bunga api ahhh...frust betul!

Da Winged Acrophobic said...

Tergolek gua tergelak ngan citer ni. Banyak tak mercun dan bunga api yang transacted lepas tu?

Hajar said...

hahaha... lawak di bulan puasa betul!
kak yang! kita ni jadi ke nak pi berbuka beramai2?

wanshana said...

Hahaha...ingatkan kantoi kena tangkap tengah makan dengan khusyuk dan tawadhuk kat dalam store room tu! Tapi ni kira lagi hebat ni - lagi sket nak sampai tahap international smuggling ring ni?!

Pssssttt! Kalau ada extra fireworks, do let me know, ya? ;D

D.N.A.S said...

Mimin,
kau nyorok dalam bathtub tu berapa orang haaaa? Tiba-tiba aku terbayang Ogre rambut kerinting... hihihi.

Nour,
lupa nak mention, kat dalam store tu sebenarnya penuh dengan laptop buruk and computer parts. memang sesak lah.

En. Wingy,
banyak jugak.... kalau beli above RM100 dapat discount 15%. hehehe.

Jade,
teruskan mengundi the date/venue yang sesuai.

Kak Shana,
saya beli kotak besar-besar, akak nak sikit ke? Meh lah datang Bdr Kinrara....

east43street said...

Dalam bilik kecik yang rasa bertahun tu, ada tak sapa-sapa terlepas angin....

Nik Farizah said...

hehehe..mak buyung tu tak lemas ke dlm stor tu? By the way..Selamat Main Mercun....i pun dah order..

D.N.A.S said...

east43street,
when I said 'tahan nafas' tu merangkap 'tahan angin' sekali.... hehe

Nik,
anak-anak I dah start main mercun sejak malam tadi. Weekend ni nak pasang lampu lip lap ngan pelita.

Cosmic_GurL said...

Eh bahaya tau main mercun...bunga api takper :)

all jazzed up said...

dnas, aku tak ingat sangat who I was with at that time. most likely paie. all i remember is baring like a dead body in the bathtub...eee.. takut tak? Sick bay pulak tu. Masa tu aku lagi takut dengan ogre tu daripada dengan hantu green lady.

Anonymous said...

Waduh...Bandar Kinrara dengan USJ nggak jauh sih. Ada lagi tak? Nak bawak pergi rumah Jazzy. Anak dia asyik ajak main Playstation aje. Ni nak ajar main bom pulak...bakar rumah ke..baru la gaji halal saper kerja bomba.

UglyButAdorable said...

kudos...utk usaha anda ini...ehh..kudos itu bahasa melayu kah??

D.N.A.S said...

cosmic_gurl,
masa i darjah 3, baju raya i terbakar kat lengan sebab kena bunga api. Serik sekejap je. :)

mimin,
isy, macamana aku boleh tak ingat ada bathtub kat sick bay tu, eh?

seademon,
USJ ke? Tak jauh dari ofis I tuuuuu.... Ye, Ali Potter memang suka main Playstation. Anak-anak I pun dah kena influence dia.

UBA,
kudos tu bukan bahasa Melayu, tapi kalau Mohd Kudus tu memang nama orang Melayu. Hihihi.