Adv

Tuesday, August 26, 2008

Susahnya jadik Becks

Sekembalinya dari UK, makcik malas nak speaking London sebab dah terbelit lidah cakap omputih 10 hari. Anak sedara makcik yang dok kat sana tu pun cakap berabuk, cakap Melayu pun dah pelat. Tapi gambar belum transfer kat PC, so tak sempat lagi nak upload.

Minggu lepas radio BBC buat announcement P0sh Spice nak datang Manchester Jumaat ni untuk melancarkan produk kecantikan. Masa tu kitorang baru je balik dari Manchester.

Pagi semalam, bila makcik bukak radio Fly FM, dengar topik pagi diorang pasal the Becks couple ni accident kat Perancis. Kononnya, si David Bekham yang drive, wife dia dok sebelah. Pastu, mamat tu terlanggar dinding, abih windshield BMW tu. Bahagian sebelah passenger pun teruk gak. Nasib baik tak bawak budak-budak sekali masa tu. Makcik dengar berita tu, rasa macam ngeri gile lah kan.

Part paling tak best tu bila DJ tu kata diorang tu on the way nak pegi airport Nice sebab nak fly pegi Beijing untuk upacara penutup Olympic, maka kerana taknak ketinggalan flight si David tu drive jugak keta beemer yang dah pecah windshield tu ke airport. Yang sedihnya, DJ tu kata mamat tu tinggalkan wife dia, dia pegi sorang je.

Makcik tak puas hati gile la dengar topik pagi tu semalam sebab lepas tu DJ tu suruh listeners call in untuk melahirkan pendapat mereka: patut ke tidak David meninggalkan isterinya seorang diri kat airport selepas accident sebab dia mesti pegi upacara penutup Olympic. Maka, ramai le orang yang talipon menyatakan bahawa P0sh tu memang patut ditinggalkan (sebab callers ni semua anti-P0sh le kot...) Ada jugak yang kata tak patut David buat camtu, sebab nanti kesian si P0sh kena deal dengan agent insurance la, tow truck la, workshop la. (Halloooooo! She's P0sh la, she can easily get another Beemer or Porche within a week's time.)

Oleh kerana makcik tak puas hati sangat mendengar pendapat-pendapat tu, maka makcik pun berkobar-kobar menggugel berita kemalangan itu malam tadi. Itula pasal belum sempat transfer gambar holiday kat UK from camera to PC. Hehehehe.

Rupa-rupanya berita itu palsu belaka. Tengok site ni. Isy, kena fitnah rupanya pasangan Becks ni. Kesian betul. Mungkin betul le kemalangan tu berlaku, kan... tapi sungguh tak logik lah dia boleh tinggalkan bini dia terkapai-kapai tension sesorang kat airport camtu je. Walaupun muka Becks ni sungguh tak friendly, tapi takkanle tak berperikemanusian sebegitu sekali, kaaaan? Susah betul jadik celeb couple macam The Becks ni. Semua facts kena putar belit. Apa-apa pun, kita baca apa spokeswoman si P0sh cakap kat sini.

Tajuk gossip ni yang paling bodoh ada kat PerezHilt0n punya site. French kiss, makcik penah le dengar. Tapi French Car Crash???? Camanatu? Si PerezHilt0n ni memang kena attend Grammar school for 2nd grader semula.

5 comments:

Anonymous said...

wargh..kak dayang wat gossip psl beckham.. kelas gitu... huhu..

x apa..sy sokong dia tinggalkan posh.. kalu idak, x dpt tgk muka dia..ms closing ceremony.. :-p

Maya said...

masa kat london asik sebok pasal WAGS..dan bila kat Paris err..x ingat..sebab da jadi french fries..mmm

all jazzed up said...

Everytime tengok muka Posh it reminds me of the mole in Wind in the Willows.

D.N.A.S said...

6ky angel,
kadang2, saya baca majalah Mangga. Hahaha.

Maya,
french fries with built in SRS air bags... kakakaka. Mengutuk tak hingat.

Jazz,
err... aku tak abis baca buku Wind in the Willows tu. It was our class reader masa Fm 4, kan? Bila Mrs Soon tanya soalan masa discussion aku buat2 muka confuse.

neomesuff said...

orang orang sana punya gossip memang selalunya sebegitu brutal heheh