Adv

Sunday, March 29, 2009

Borak-borak pasal PPSMI

Semasa ucaptama DS Najib di PWTC beberapa hari yang lepas, beliau telah menekankan untuk kesekian kalinya agar isu PPSMI ini tidak dipersoalkan atau didebatkan lagi. Dasar tersebut perlu diteruskan untuk kepentingan negara di masa hadapan dan bakal menentukan keupayaan warga Malaysia untuk berkembang dengan lebih maju dan mampu bersaing di dalam bidang sains dan teknologi.

Saya adalah antara blogger yang terkemudian memaparkan isu ini. Ketika ia hangat diperkatakan saya hanya buat-buat tuli sahaja kerana kebanyakan hujah yang diutarakan sangat keluar tajuk dan menyimpang dari kebenaran.

Selepas ucaptama DS Najib tersebut, isu tersebut masih diperkatakan di media cetak. Ada yang menyarankan salah satu cara untuk meningkatkan penguatkuasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia ialah dengan memperkenalkan subjek Kesusasteraan Inggeris. Subjek ini memang asing bagi kebanyakan pelajar kita. Ketika saya di sekolah menengah dahulu, subjek ini adalah elektif. Hanya pelajar yang betul-betul minat dan 'mampu' sahaja yang mengambil subjek tersebut. 'Mampu' di sini bukan bermaksud mereka anak orang berada, tetapi mereka adalah pelajar yang memang sudah memiliki penguasaan Bahasa Inggeris yang bagus dan berupaya menghabiskan pembacaan dan memahami karya-karya klasik seperti Jane Eyre, Sense and Sensibility, Pride and Prejudice dan lain-lain di dalam jangkamasa yang pendek.

Saya tidak mengambil subjek tersebut kerana saya tidak 'mampu'. Sedangkan Wind In The Willows pun saya tidak mampu fahami, inikan pula karya Jane Austen dan Shakespeare.

Jadi, mengapa kementerian tidak mewajibkan Kesusasteraan Inggeris; sebaliknya menetapkan polisi PPSMI?

Jawapannya mudah. Jika kita lihat kembali objektif dasar itu sendiri, ia adalah untuk mengukuhkan penguasaan warga Malaysia di dalam bidang Sains dan Teknologi. Bahan-bahan rujukan untuk subjek-subjek kejuruteraan, perubatan, komputer dan sebagainya tidak menggunakan bahasa sastera, sebaliknya menggunakan Bahasa Inggeris mudah yang boleh difahami oleh orang kebanyakan.

Kalau begitu, mengapa PPSMI dimulakan dari peringkat pelajar tahap 1 Sekolah Kebangsaan?

Jawapannya ialah untuk memulakan proses 'pembiasaan' atau 'familiarization' di peringkat awal. Sungguhpun bahan-bahan rujukan di dalam bidang sains dan teknologi menggunakan Bahasa Inggeris mudah, banyak istilahnya perlu dibiasakan kepada pemikiran anak-anak kita. Contoh paling mudah ialah Matematik. Generasi saya belajar Matematik 'Lima tolak empat' tetapi generasi PPSMI belajar 'Four substracted from Five'.

Apabila generasi 'Lima tolak empat' melangkah ke alam Universiti tempatan (kes Universiti luar negara adalah agak berbeza) di mana hampir kesemua bahan rujukan adalah di dalam Bahasa Inggeris, kami terpaksa melalui proses 'pembiasaan' di kala usia sudah menjangkau 18 atau 20 tahun. Pada ketika ini, kami terpaksa 'masuk gear turbo' sewaktu kuliah dan ulangkaji bagi memastikan kami mampu menguasai setiap subjek yang diajar. Ada yang mampu bertahan, ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang terus meletup enjinnya.

Generasi 'Lima tolak empat' juga ramai yang telah menjadi cerdik pandai dan berjaya tetapi masalah yang paling ketara ialah kami kurang berkemampuan untuk menyampaikan ilmu kerana kebanyakan dari minda kami masih bertutur dalam Bahasa Melayu. Ekspresi diri juga menjadi satu masalah besar. Tidak perlu pergi jauh, para pelajar di IPTA kita sendiri mampu membezakan kualiti pembelajaran yang didapati dari kelas yang ditangani oleh pensyarah yang berbeza latar belakang pendidikan. Biasanya pensyarah dari luar yang telah mendapat pendidikan awal dalam Bahasa Inggeris mampu menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan.

Akhirkata, berilah peluang kepada PSSMI kerana ia patut diteruskan. Buat masa ini kebanyakan tenaga pengajar kita masih bertatih untuk menguasai Bahasa Inggeris kerana dasar ini pun baru 6 tahun usianya. Kita patut beri peluang sehingga tahun ke 20 kerana di waktu itu, generasi 'Four Substracted From Five' sudah pun menjadi sebahagian dari tenaga pengajar di negara ini.

5 comments:

dillazag said...

Kak Dayang, I'm totally with you. We should give it a chance. At least, let's see what becomes of the 'Four Subtracted from Five' generation. Kita ni cepat sangat melatah...

abdultalib said...

Betoi cakap cikgu tu..kalo tak dipecahkan ruyong mana nak dapat sagu?Berilah peluang anak2 kita dapat sagu pulak...

Nomee said...

SETUJU...!!!!

Saya melingkup math kat U pasal masalah ni lah kot ;)

john f seademon said...

Sotuju...maleh dah den komen pasal ni...

D.N.A.S said...

I just think that information dissemination is still very lacking in this country. Out of the 20 odd million population, perhaps only 10% truly understand the goals and objectives of this PPSMI, and yet there are probably about 30% of the total adults in the country decides to go against it. I don't know, perhaps some PhD student should conduct the survey.... and the PhD I meant here is not those with perasaan hasad dan dengki.