Adv

Thursday, November 05, 2009

Kisah Jambatan

Masa kecik-kecik dulu, budak-budak dekat kampung semuanya tak berani nak keluar berjalan sorang-sorang. Tak kisahlah siang ke, senja ke.... memang takut.

Sebabnya tak lain tak bukan ialah kerana ada satu 'urban legend' yang terkenal di kampung. Menurut mak aku, kalau kita jalan sorang-sorang, nanti ada orang kidnap kita. Orang tu pulak, bila jalan-jalan dia bawak sabit. Kalau dia jumpa budak kecik jalan sorang, nanti dia tangkap, lepas tu dia penggal kepala dengan sabit tu. Huh, memang seram sejuk bila dengar orang tua-tua cerita part tu.

Lebih mengerikan lagi, menurut mak aku kepala yang dah bercerai dari badan tu akan di tanam di bawah jambatan untuk mengukuhkan binaannya. Memang takut cerita tu, tiap kali dengar mesti rasa kecut perut dan nak menangis. Tapi masa tu tak terpikir pulak, bukannya banyak pun jambatan kat Daerah Temerloh atau Triang tu. Takkanlah orang jahat tu masih nak penggal kepala orang kalau tak ada kerja-kerja pembinaan jambatan kat kawasan tu.

Bila aku dah sekolah menengah dekat STF, aku tanya jugak kawan-kawan yang lain kalau diorang pernah dengar 'urban legend' ni. Rupa-rupanya kat kampung diorang pun ada 'urban legend' yang sama. Lepas tu diorang ni semuanya percaya benda tu betul.

Tahun lepas aku ada tengok documentary dekat Discovery Channel pasal jambatan-jambatan yang terkenal di dunia. Mungkin juga kebetulan, setiap pembinaan tersebut berlaku kemalangan yang mengorbankan beberapa nyawa dan ada yang mayatnya tak dapat dikeluarkan, maka bersemadilah bersama binaan jambatan terkenal tersebut. Menakutkan juga kalau difikirkan, semua jambatan ni menuntut korban nyawa ke?

Masa terbaca tentang tragedi jambatan gantung di Kuala Dipang minggu lepas, aku asyik terfikirkan 'urban legend' yang sama. Agaknya tak ada kepala yang berjaya dipenggal dan ditanam di bawah tiang jambatan tu tak? Sebab tu ia menuntut nyawa? Eiiiii.... taknak fikirlah.... seram.... seram.....

Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan diharapkan pihak penganjur dan para kontraktor akan lebih berhati-hati dan bertanggungjawab selepas ini.

5 comments:

Fadh Rahman said...

koi dulu pun selalu jugek mak koi momokkan koi dengan citer 'penyabit' yg kejernye nyabit kepala org...koi mmg takut sgt sbb umah koi dekat dengan jalan...tapi biler dah besor baru tau semua tue...sengaja diada-adakan sebab nak mendisiplinkan koi...tapi sekarang kalau koi kabor ke anok2 koi, langsung diorg xtakut dan xpedulik...pasal jambatan runtuh tue, bagi koi semua tue Allah yang menentukan segalanya.

D.N.A.S said...

Fadh,
laaaa... patutla masa kecik-kecik dulu awok sokmo nyorok kat dalam rumah jek.
Elok jugak tak keluar rumah. Jalan Triang-Temerloh tu banyak lori balak.... memang bahaya.

ANEEZ ALI said...

according to my fren yg buat research kat area Pos Dipang tu, mmg Tok Batin yg paling kebal kat situ kata "benda tu" tak nak pindah...Tok Batin tu dah warning siang2 lagi jgn buat....itu baru Tok Bidan nye warning.belum lagi Ton bidan, Tok Panglima Hitam, Tok Setanggi.....hahahah

all jazzed up said...

Kat kampung aku version dia Indian man bawak sabit... :(

Murni Alfathunnisa said...

pernah dengar cite 'urban legend' nih...penang bridge, masa tu masih skolah, exactly the same version as yours.