Adv

Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Friday, September 21, 2012

Puisi tentang gajet

Semuanya nak yang canggih,
sanggup duit diperabih.

Guna kejap dah rasa nak tukar,
apa lagi bila kawan ada yang terkini;
konon gembira nak bikin gegar,
bolehlah ditunjuk-tunjuk sana sini.

Duit keluar macam air,
beli aksesori, walau tak perlu,
segala aplikasi popular, wajib dipasang;
angkut gajet ke hulu ke hilir,
orang tengok rasa berbulu,
ada juga yang rasa nak terajang.

Dalam asyik menaiktaraf gajet,
simpanan susut, ASB tak ditambah;
Bila nanti dah bocor poket,
Baru sedar langit tinggi ke rendah.

Keluar lagi gajet baru, air liur kau pun menitik,
Hai bersabarlah dulu, gajet lama tu kan masih cantik?

Friday, August 24, 2012

Puisi tentang khutbah Jumaat

Aku tweet, kau RT,
Aku tweet lagi, kau balas - siap ada Hee! Hee! Hee!
Katanya khusyuk dengar khutbah,
Mata ke arah mimbar,
jari menari-nari,
Telinga menadah khutbah,
Hati meloncat bila ada mensi.
Jangan dipersia,
2 rakaat daripada Jumaat mu,
Takkan mampu kau ganti,
dengan segala wang ringgit yang boleh kau Maybank2U.

Thursday, August 23, 2012

Puisi tentang Aidil Fitri

Aidil Fitri ku,
dalam meriah ada hambar,
dalam ceria ada duka,
dalam tawa ria ada pilu di dada.
Semua mungkin merasanya,
bila ramai yang tersayang
sudah pergi mendahului kita.
Hanya mampu dititipkan doa,
sekali sekala ziarah pusara.
Yang berkubur sudah tinggal nama,
yang masih bernyawa, mohon ampun tiap kali bersua.

Wednesday, August 08, 2012

Puisi tentang haram

Kau tau,
dalam negara aku ini,
terlalu sukar,
untuk mencari satu wilayah,
di mana semua orang
dilarang
melarang
dan
diharam
mengharam.

Friday, July 27, 2012

Puisi tentang permainanmu

Aku diam,
kau gegar.
Aku lari,
kau kejar.
Aku kata cukup,
kau kata belum.

Jadi aku harus buat-buat lupa, bisu, pekak, buta.
biar masa jadi neraca.

Monday, July 16, 2012

Puisi tentang Hello Kitty

Aku makin berwaspada 
memilih kata-kata,
semata-mata bimbang mengguris hati,
kerana aku baru sedar,
ada banyak hati
di dalamnya ada Hello Kitty....


Friday, July 13, 2012

Puisi tentang senyum

Berikan aku,
secangkir manis senyummu.
Biarku tebarkan di dada malam,
untuk memadam semua yang pahit
         dan membunuh sepi yang menggigit.

Thursday, July 12, 2012

Puisi untuk kamu

Andai kedua-dua tanganku terikat, terpasung,
Tetap akan kutulis puisi buatmu,
Dengan lidah, gigi, bibir, mulut, mata yang masih bebas ini.