Adv

Wednesday, November 01, 2006

Syoknye Raya!

Dalam banyak-banyak minggu dalam setahun hijrah, minggu raya puasa le yang paling busy dan kadang-kadang rasa macam tak cukup oksigen nak ambik nafas. Masa itulah nak kemas rumah, nak basuh langsir, nak tukar sofa cover (kalau boleh nak beli TV plasma 48 inci sekali)-nak kasi matching dengan sofa cover.. hahahah.
Tapi tahun ni, rasa macam malas pulak nak buat aktiviti-aktiviti rutin yang tak-larat-nak-buat-sorang tu (I need a maid!! I need a maid!!). So, biar aje sofa cover yang dah pasang berbulan-bulan tu, langsir yang tak basuh sejak bulan Julai haritu, setakat kemas dapur dengan mop lantai aje yang larat nak buat. Nantilah, bila Paizah (the cleaner) dah balik dari beraya kat Indon, bolehlah telefon dia, mintak tolong cuci yang selebihnya.
Bila dah raya pulak, lagi satu hal punya busy. Macam biasalah, lepas sembahyang raya, terus pegi racing kat PLUS hiway sebab nak beraya kat Melaka. Tapi, tak boleh nak racing sebab kereta berderet-deret kat jalan, bak kata orang dulu-dulu, kena kuak kereta baru nampak jalan raya. Bila dah sampai Melaka, berlumba-lumba pulak menziarah sedara mara, selalunya dalam sehari tu bolehlah pegi 9 -10 buah rumah. Bila dah rasa macam mabuk sirap tu, selamba aje la tido baring kat rumah sedara.
Dah habih menjelajah Melaka, next day mesti ronda Negeri Sembilan pulak, ramai rupanya sedara mara Mr. Hubby aku ni. Kat N.S rumah wajib 3 bijik, rumah harus ada la lagi berbijik-bijik. Pendek kata, time maghrib tu, memang dah berpinar le bijik mata makan lomang dengan dodol orang nogori (dia punya lemak, tak boleh cerita le... habih kelapa seluruh negeri Perak, bila orang nogori nak kacau dodol & buat lomang).
Bila dah settle kat NS, the next day tiba lah giliran pegi ke kampung halamanku pulak, negeri Pahang Darulmakmur (tapi bila raya, punyalah susah nak jumpa kuih makmur). Kat Pahang rilek sikit sebab sedara-mara yang datang rumah. Rumah wajib pun ada dalam 3-4 aje. Cuma, tak larat nak basuh piring dengan gelas le, pastu asyik kena bancuh sirap, potong lemang, potong ketupat, panaskan rendang etc etc. Bila lemang dah abih, lagi tension, kena masak mee, bihun, nasik tomato, nasik minyak dan macam-macam lagilah hidangan alternative hari raya. Bila dah takde modal sangat, mula lah masak roti john... hihihi. Best tau! Pakai butter ngan minced meat, tau!
Tahun ni, raya sangat best sebab my childhoold fren kawin! (berjaya jugak kawin mamat sorang ni...)

Gambar masa akad nikah kat mesjid kat kampung.

Gambar masa membatalkan air sembayang.

Bila balik KL pulak, prepare barang-barang Ibu Mertua ku nak bawak pegi Lancaster, UK. Sampai kat airport, timbang kat check-in counter, rupa-rupanya ada 8kg access. Sekilo kena charge RM166. 8kg kena RM1,000 lebih!!! Terbeliak-beliak bijik mata Mr. Hubby. So, last-last, keluarkan satu kotak - to be shipped (naik kapal laut) ke Lancaster. Nasibla korang kat UK tu, bulan depan le baru merasa makan kuih raya.

Gambar kat KLIA. Ibu mertua ku tengah syahdu syahdan sebab Bapa mertuaku taknak ikut pegi UK.

11 comments:

D.N.A.S said...

Blogspot ni ada quota untuk uploaded images ke, ek? Asyik tak boleh upload je ni... Terpaksa le letak kat tempat lain.

Anonymous said...

Fuiyooo! Tabik spring!!! Satu hari bleh gi sampai 10 rumah ek? Perut u mesti made of besi coz can mkn all the diff types of food at different houses. Hehehe..

D.N.A.S said...

cosmic_gurl,
the trick is to eat between 2-3 pieces of ketupat (yg dah potong tu) only, then sip only half glass of water. Mesti tuan rumah tak kecik hati punya.

Leilanie said...

foo yoh.......
3 states in 3 days?
Terrernyer.

Kat NS kat mana?
sekampung ke kiter ni?
hee hee

Ours are mostly kat Seremban jer, though some are in Kuala Pilah - which we seldom go - poning kepala aden!

D.N.A.S said...

Lanie,
nasib baik FIL & MIL tak ajak balik JB and beraya kat umah sedara mara kat Singapore sekali. Kalau tak, Raya Explorace I minggu tu.
NS kat Senawang, Paroi and one more place tak ingat nama.

cpj said...

omakai! sakan berjalan raya.. erm.. roti john tu.. bunyi mcm best jerrrrr..

Anonymous said...

uiksss dnas org pahang gak ke? pahang katner? i dulu kat ktn... now my mum kat bentong, tapi ada lagi umah kat ktn...

my parents in law kat senawang :)

Anonymous said...

ahahaha 1k+ kena byr excess baggage eh? wait till u hear this, one kawan kepada my hubby's friend paid almost (or more than) 10k excess baggage!! and she paid tau! gilos... tu la kalau dah kaya sgt jadi mcm tu la agaknya ehehehe punya la rugi kan... bagi dia shipped bck je brg2 tu isk isk isk

Leilanie said...

Lah... doket ajo lah tu.

We've got one in Senawang, one in Bkt Chedang, some in Paroi and a lot kat Gedung Lalang....

:)

Anonymous said...

owh yeke... tapi i kalau blk selalu dok umah aje...

my mum's sister plak ada kat tmn tasik jaya...

D.N.A.S said...

Cik P,
nanti I publish the roti John recipe kat pourtavie. I namakan dia Little John sebab pakai hotdog bun je.

Naddy,
saya orang Bera.... jauh dari Kuantan sebenarnya. Kuantan is like another state to orang-orang Bera ni. Hihi.

Lanie,
so agaknya, half of Negeri Sembilan tu sedara mara you + sedara mara husband Naddy + sedara mara husband I tak? Hihi.