Adv

Friday, October 19, 2007

The Raya: 2007

Oleh kerana Mak aku memang peminat setia kek coklat, maka malam sebelum balik kampung haritu aku dengan Wazif (merangkap Quality Assurer) berkobar-kobar mencuba resipi yang Spena bagi tu. Oleh kerana oven aku yang cenonit dan cake tin aku yang bulat tu, maka sejam lebih aku menunggu kek tu masak. Wazif pun dah naik fed-up asyik kena cucuk kek dengan tooth-pick. QA aku ni memang prihatin, scale akupun dia tolong callibrate. Nasib baik aku perasan, sempat re-callibrate... kalau tak, selamat dah terlebih gula.

Maka kek coklat yang tersangatlah delicious itu aku bawaklah balik ke kampung.

Nak dijadikan cerita, akak ipar aku semuanya terlebih busy dari biasa bulan puasa lepas. Sorang tu dok meniaga kuih-muih berbuka puasa, lagi sorang tu ada baby umur 3 bulan. Lagi sorang pulak aku tak pasti busy dengan apa, tapi setahu aku dia busy lah. Mak aku pulak cedera sebab tiga bulan lepas dia terjatuh kat market sampai patah bahu. Jadi, persiapan raya semuanya agak terabai.

Bila aku sampai aje kat kampung, akak ipar aku yang No. 1 dah siap masak rendang daging. Rendang ayamnya pulak, masak lepas maghrib (aku le yang kena jadi tukang kacaunya). Bila aku keluarkan kek yang aku bawak tu, semua orang gila punya seronok sebab diorang semua tak sempat nak buat kek.

Hari Raya tahun ni memang terlebih hectic sebab ramai gila orang datang beraya rumah mak aku. Aku sempat pegi ziarah kubur arwah Uwan dengan arwah ayah aku je, rumah sedara mara tak sempat nak jenguk pun.

Majoriti orang yang datang rumah mak aku ni aku tak kenal sebab diorang tu kengkawan abang-abang dan akak-akak ipar aku. Sedara mara pun ramai. Kebanyakan orang yang datang ni tak kenal aku jugak sebab aku kalau balik kampung pun setakat sehari dua je. Kalau sedara mara kenduri pun selalu tak sempat pegi. Bila raya macam ni, tak sempat jugak nak berkenalan dan berborak-borak sebab aku asyik kat dapur; buat sirap, basuh cawan, buat sirap, basuh cawan. Sirap pun dah bosan tengok aku. Aku pun dah muak tengok cawan.

Apa-apa hal, orang-orang yang datang tu semua suka kek coklat yang aku bawak balik. Asyik-asyik kena refill balang. Akak ipar aku yang No. 3 dok puji-puji jugak kek aku sambil bagi hint suruh aku buat lagi. Heheheheh, pandaile kau.

Paling best pada petang Raya kedua tu tiba-tiba ada terjengul 4 muka yang sangatle aku kenal. Tapi sungguh tak sangka diorang datang beraya kat rumah aku. Dua orang pompuan tu ialah Kak Fid dan Zarin, housemate aku masa kat UPM dulu. Husbands diorang pulak, facultymate aku dulu. Every raya diorang ni memang akan lalu jalan depan rumah aku tu bila nak balik kampung. Masing-masing anak dah besar-besar belaka. Paling kelakar bila salah sorang kawan aku ni buat remark: 'Kak Dayang ni badan tak naik lah. Macam dulu jugak.'
Hello Zarin, aku rasa dah tiba waktunya kau pegi jumpa doktor mata. Hahahahaha.

Memang tak puas raya kat kampung aku 2 hari aje, kalau 2 minggu mesti lagi best, kan?

14 comments:

John F SeaDemon said...

Hmm...nasib baik I tak beraya. Kena dua hari beraya sorang-sorang sure menung gila.

Leilanie said...

Dee,

Selamat Hari Raya.....
wah seronok I tengok gambor-gambor budak-budak kat kampung tu. Syiok kan.

Raya sakan kat KL..... err bila nak buat open house? Kalau tak pun.... jom kita makan Sushi King when you and I are both back at work.
haa haa.

See ya.

all jazzed up said...

Saya musykil lagi curious seperti Curious George. Sejak bila Miss Spena ada resepi kek ceklak?

Nour said...

makan choc cake tu ingat2la org kat sini ya, pass la apa yg patut..hehe

Angel Eyes said...

Sedap nye! Ada lagi tak sis? Mintak sket!!!!

D.N.A.S said...

SD,
kalau raya sesorang, apa lagi.... pegi aje open house menteri-menteri kat KL ni.

Lanie,
I takde maid, camana nak buat open house. Open house pot-luck ada orang buat tak? hehehe.

Mimin,
dulu Spena jual chocolate cake ni, kau ingat tak? Dah lama dah. Kalau tak silap it was in 1999 or 2000.

D.N.A.S said...

Nour,
jemputle beraya kat rumah, I baru aje buat lagi sebuku kek coklat tu.

Sheryl,
Sedap... mmg sedap. Mesti you tak jadik nak diet bila rasa kek ni. hihi.

mikamusz said...

kak dayang, nanti buat lagik kek cokelat, nanti kita dtg rumah nak merasa.. thn ni tak byk rumah ler buat kek, sedih tul

D.N.A.S said...

musz,
kalau camtu, lagi 2 hari nak datang talipon le awal2... hehehehe.
Den tak dapek nak buek open house sebab takdo sapo nak nolong den kek dapur tu haaaa... Ado anak, jantan belako.

WANSHANA said...

Nasib baik kena replenish air sirap, dek oi... Kalau nak kena refill teh tarik kawww punyer tiap-tiap kali, mau panchit!!! :)

Itu chocolate cake recipe boleh pass-pass sini, tak? Bukan I nak try buat, but, nak suruh my SIL...Hehehe! (Me and baking - we don't go well together... ;D)

D.N.A.S said...

kak Shana,
kalau kena replenish teh tarik, by the 3rd raya my bicep dah jadik macam Arnold Shwarzenegger kot. Bukannya kena tarik guna gelas, tapi kena gula jag 2 liter tu ha. Hahaha.

The recipe was from Spena. Kena mintak 'restu' dia dulu kalau nak pass. :)

Zed said...

Selamat Hari Raya D! And maaf dzahir & barin... Chocolate kek me favorite. Hmmm...

Anonymous said...

alamaknya ... windu nya ngan kak fid n zarin (dia cakap pelat lagi tak?) ... sampai hati ko Yang ... smlm ko lupa birthday aku yea ... bgtahu kat sauqi n wazif, cik non nk kad happy birthday

D.N.A.S said...

Zed,
selamat hari raya. Golfers pun minat chocolate cake ke? Ingatkan minat kuih yang kaler hijau-hijau aje.

Nonie,
ya ampun, memang aku terlupa besday kau semalam. Aku punya birthday reminder semua kat dalam laptop yang dah kena curi dulu tu. Kalau kau ada Friendster/Facebook, ada la jugak autoreminder. Cepat add aku kat dalam kau punya Friendster/Facebook. Anyway, Happy Belated birthday! Kau pun masih muda macam aku.