Bahagian 1
========
Syabas saya ucapkan kepada sekalian blogger yang telah keluar mengundi pada hari Sabtu lepas. Walaupun ada juga beberapa orang yang mengaku bahawa mereka masih belum mendaftar dan ada juga yang sudah mendaftar beberapa tahun lalu tetapi data mereka tidak dijumpai di dalam senarai daftar pemilih. Tetapi, anda tidak perlu khuatir tentang data Datuk Siti yang tidak dijumpai di laman SPR, kerana beliau memang belum mendaftar dan kenyataan beliau telah dibacakan oleh penyampai radio nombor satu Malaysia beberapa hari sebelum PRU12. Alasan yang diberikan adalah kerana kesibukan kerja maka beliau tidak berkesempatan untuk mendaftar. Saya akan mencadangkan beberapa usul bagi mengelakkan dan mengatasi masalah sebegini. Cadangan tersebut akan saya bentangkan di dalam Facebook di masa yang terdekat.
Saya dan suami telah membuang undi di dua buah kawasan berbeza; suami di Parlimen Gombak manakala saya di Parlimen Bera. Ketika menunggu suami membuang undi, anak-anak saya bertanya,
‘Ayah nak pergi mana tu?’
Sayapun menjawab, ‘Pergi mengundi.’
Anak-anak saya menunjukkan wajah kehairanan kerana tidak mengerti apa itu ‘mengundi’.
‘Mengundi tu buat apa Mak?’ tanya yang sulung.
‘Hmmmm... mengundi tu nak pilih YB dan menteri-menteri,’ saya merasakan itulah jawaban yang paling ringkas yang mungkin paling mudah untuk difahami mereka. Tetapi dia bertanya lagi,
‘Kenapa nak kena pilih menteri?’
Sayapun agak bingung cuba mencari cara penerangan yang paling sesuai tetapi tidak berhasil. Saya Cuma memberitahu,
‘Kita kena pilih YB dan menteri yang nak bekerja di Malaysia,’ memang sukar rupanya hendak menerangkan pilihanraya kepada kanak seusia 6 dan 7 tahun. Mendengar penerangan saya, mereka Cuma berdiam diri, mungkin kehilangan minat ataupun makin kebingungan.
Selepas beberapa jam memecut di Lebuhraya Karak, kami sampai di pusat pembuangan undi di kawasan saya di Pahang. Sekali lagi anak saya bertanya,
‘Mak, orang perempuan pun kena mengundi?’
Sayapun menjawab,
‘Iya, semua orang kena mengundi nak pilih menteri.’
Keesokan harinya, kami kembali ke Puchong melalui jalan Kuala Kelawang dan singgah makan di Putrajaya. Kebetulan kami melalui kompleks kerajaan yang amat besar ini, dan sayapun menerangkan kepada anak-anak saya,
‘Menteri-menteri yang mak dan ayah undi semalam, nanti kerja di sini.’
Mereka berdua berkata serentak,
‘Ooooooo.... ‘ mungkin mereka sedikit sebanyak dapat membayangkan keperluan adanya pilihanraya. Saya dan suami perlu mempelajari semula apa itu demokrasi berparlimen, proses pembentukan kerajaan dan kembali menghafal pengertian Rukunegara sebelum kami boleh menerangkan secara terperinci apa itu pilihanraya kepada mereka – mungkin 5 tahun lagi.
Bahagian 2
==========
Saya tidaklah begitu terkejut dengan keputusan pilihanraya baru-baru ini kerana saya sendiri sudah berasa amat penat menanggung bebanan kewangan sebagai seorang rakyat jelata. Lebih jelak lagi apabila membaca berita-berita tentang pertumbuhan ekonomi negara yang amat memberangsangkan tetapi setitik pun hasilnya tidak tempias kepada saya, keluarga saya, mahupun orang-orang kampung saya.
Bukan itu sahaja, isu ‘bocor’ yang heboh diperkatakan tidak lama dahulu sudah cukup untuk membuatkan saya rasa meloya dan kecewa dengan cara pemikiran dan tindak-tanduk mereka yang langsung tidak profesional itu. Pada ketika itu saya meletakkan tahap kepimpinan mereka di bawah tapak kaki saya, oh tidak... sebenarnya di bawah tapak selipar jamban saya kerana tapak kaki saya lebih mulia dari mulut celupar mereka. Rakyat Malaysia, khususnya wanita tidak sepatutnya dihina dan diperlekehkan sedemikian rupa kerana bukan hanya lelaki-lelaki gagah sahaja yang layak mengundi di negara ini. Kalau tidak, masakan isteri-isteri calon terpaksa bertungkus lumus meminta belas dan merayu undi wanita di seluruh pelusuk kawasan mereka.
Saya pasti laporan bedah siasat BN kali ini berkajang-kajang panjangnya. Saya harap mereka tidak lupa untuk menyelitkan kebencian rakyat terhadap si kaduk yang naik junjung itu yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi keputusan pilihanraya kali ini. Si kaduk itu wajar diberikan penghormatan PHD paling tinggi di negara ini. Sila layari laman web calon lawan beliau untuk kisah yang lebih terperinci.
Kepada mereka yang sudah menang, saya ucapkan selamat bekerja dan janganlah lupa diri. Rakyat memilih anda dan rakyat juga yang akan membuang anda seandainya anda tidak mengotakan janji.
Untuk hiburan hari ini, sila semak sisipan khas akhbar New Straits Time bertarikh 10 Mac dan lihatlah keputusan untuk Negeri Terengganu di halaman 11. Adakah itu satu kesilapan atau keputusan sebelum kiraan semula? Ataupun ada yang sengaja cuba menambahkan luka. Tunggukan pengumuman Ralat di dalam NST esok.
11 comments:
alamak, macam samalah kita, tp tulah musz pun x sempat daftar, tp kalau undi pun, kawasan musz yg menang adalah pihak yg musz x sokong.. x suka BN.... tp x bermakna kita benci UMNO.. huh..
Musz,
parlimen Rembau ke? Hehehehehe....
Your karangan in Bahasa Malaysia is as good as in English...tabikkk springgg! Well..I pun happy dengan result pilihanraya kali ini, maknanya semua rakyat dah realize that selama ni 'pembangunan' yang di agung2 kan hanyalah untuk diri mereka dan sanak saudara mereka, dan kita rakyat jelata hanya menanggung beban. This is what democracy is about...tapi 'they all' still control the media, tak habis2 nak menipu rakyat.
dayang for puchong PRU 13!
Saya juga seperti Datuk Siti, belum mendaftar kerana terlalu sibuk memberanakkan 3 orang anak in the past 7 years. Ada logic tak?
saya sangat suka! tapi ada orang sudah salah tafsir rasa hati saya di dalam blog saya. mungkin sedikit cetek atau sedikit emosional, walaupun parti kecintaan beliau menang dengan jayanya! hehe...
PS: saya hanya mahukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat!!
Nik,
pembangunan negara dan aliran tunai ke dalam poket 'mereka yang berkenaan' sangat sinonimus dan bergerak seiring nampaknya.
Zetty,
kau kena ajar aku camana nak isi borang pencalonan tu nanti, tau!
Jazz,
oih, logik sungguh. Iyelah kan, kalau time orang bukak kaunter pendaftaran tu time kau dalam pantang, memanjangnya tak boleh nak pegi register.
Jade,
manusia memang presumptuous, suka buat spekulasi dan kekadang tu terlebih pandai 'reading between the lines'.
:) Amazing what the mind thinks. Saya ter-stumble ke sini.
Jade, saya tidak sekali-kali menyokong "parti" seperti yang anda sangkakan. Kalau dibaca betul-betul, saya tidak kata saya sokong PAS. Kalau dibaca betul-betul dalam article saya yang sebelum-belum ini, saya katakan saya ini bukan PAS, Keadilan, maupun UMNO. Tetapi article saya hanya menjurus kepada menyokong seorang insan sahaja. Saya memang vokal, expecially bila berkenaan keadilan dan bila ada orang bercerita tentang fitnah. Saya pernah cakap dulu, kalau nak bercakap buruk pun, biarlah benda itu betul. Kalau fitnah memang saya akan tentang, seperti apa yang Ibrahim Ali buat semasa di dalam UMNO. Baca cerita tentang Ibrahim Ali. Dia dibuang daripada UMNO sebab dia berani bersuara dalam UMNO. Perhatikan betul-betul apa saya tulis, jangan terlampau emotional mengatakan saya ini penyokong PAS. Saya ada kalanya tak bersetuju angin cara TG Hadi yang radikal. Kalau anda tersinggung dengan kelantangan saya, harap maaf. Apa yang saya ingin sampaikan kepada orang hanyalah kebenaran. Kebenaran yang tak didedah sebelum ini. Saya tahu kebenaran itu pahit untuk yang tidak berupaya menelannya.
Miss DNAS, terlebih pandai takpe, jangan buat-buat pandai bercakap tanpa fakta.
Have a good day!
politics jijiks.
Lich,
takdok gapo lah. Kawe doh 3 pilihenrayo doh pakoh bule. Takdok rahsio doh. Kawe suko warno hija, tok sir kelih warno biru.
aiz,
it rhymes! hehehehe.
Haha...I rest my comment. Ohhh tidakkk....
Post a Comment