Adv

Monday, March 02, 2009

Obligatory post (review) on M. Nasir’s Konsert Alam Muzik at Istana Budaya

First and foremost, this was the first Malaysian artiste’s big concert I ever attended in my entire life. The last big concert I watched was Celine Dion’s at Caesar’s Palace, Las Vegas in 2004. Although the stage and sound system at Caesar’s Palace was a little bit better than IB’s, I have to admit I enjoyed Konsert Alam Muzik a lot more. One of the reasons had to be because I know about 90% of the songs M. Nasir sang that night. And that also explains why I still have sore throat until today. Oooopss… before I continue writing, I have to write this review in Bahasa Melayu sebab kalau aku tulis guna bahasa Penjajah nanti M. Nasir marah. Hehehehe…. Lawak je.

Bagi saya, konsert ini diadakan khas untuk pengikut setia Sifu yang sudah dengar lagunya sejak dari zaman Kembara, sampai ke zaman Mentera Semerah Padi, sampailah ke zaman Sang Pencinta. Kalau anda sekadar pernah mendengar lagunya dari siaran radio Sinar F.M, mungkin ada tidak mampu menghayati konsert tersebut sepenuhnya.

Lagu yang paling aku tak sangka akan didendangkan pada malam itu ialah lagu Langgam Pak Dogol. Ia disampaikan dengan bersahaja dan kelakar dengan hanya diiringi petikan gitar sahaja. Lagu ini adalah salah satu lagu yang sering aku jerit-jeritkan di dalam kereta Iswara lama aku dulu ketika membelah kesesakan jalanraya dari Puchong ke Jalan Raja Laut sekitar tahun 2001/2002. Lirik unik lagu ini dihasilkan oleh Arwah Loloq dan ini adalah antara karya arwah yang kini tersimpan dalam lipatan sejarah. Ya, saya terpaksa merujuk kamus Dewan beberapa kali kerana terdapat banyak perkataan di dalam lirik ini yang tidak pernah kita gunakan di dalam bahasa percakapan sehari-hari.

Rata-rata, Sifu mendendangkan lagu-lagu wajibnya seperti Mentera Semerah Padi, Suatu Masa, Apokalips, Ada, Juwita Citra Terindah, Sentuhan Listrikmu, Raikan Cinta dan Keroncong Untuk Ana. Suasana menjadi seperti dewan karaoke yang amat besar bila Sifu membawakan lagu Suatu Masa diiringi petikan gitar juga. Semua penonton menyanyi bersama. Tapi, agak kelakar kerana selesai mendendangkan Suatu Masa, Sifu dengan selambanya berkata, `Itu tadi bukan lagu M. Nasir, itu lagu Minah/Mat Jiwang.....’

Memang pada malam itu ada banyak lagu dari album Phoenix Bangkit yang dibawakan. Bagi penonton yang berharap untuk mendengar lagu-lagu yang telah dimuatkan di dalam konsert Akar ataupun konsert Andalusia mungkin telah berasa agak terkilan. Tetapi bagi saya album Phoenix Bangkit memang world class dan lagu-lagu sepertinya tidak kedapatan di dalam album terbaru Sifu iaitu Sang Pencinta. (Sekarang, aku kena pegi Rock Corner, cari CD album tu sebab tahun 2001 dulu aku beli kaset dia aje. Iyelah, zaman tu stereo kat dalam Iswara aku tu takde CD player.)

Pada awal konsert suasana seperti agak hambar dan penonton kelihatan sangat bersopan. Mungkin ramai yang berasa janggal menghadiri konsert sebegini di IB yang terkenal dengan peraturan-peraturan dan garis panduan yang ketat untuk penonton. Tak boleh pakai topi kat dalam IB, tau. Nasib baik petugas tak suruh Jay Jay bukak cap. Mungkin performer saja yang mendapat kelonggaran, kot.

Tetapi, selepas mendapat penangan Mentera Semerah Padi, semua penonton tidak mampu lagi untuk control ayu/macho di tempat duduk masing-masing. Semuanya tanpa segan silu bangun menari, bahkan ada sorang brader tu dengan selambanya menari kat tengah lorong dengan step joget yang begitu complete sekali. Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik juga tidak kurang hebatnya. Memang sporting dan bersemangat. Kalau anak-anak di rumah melihat, harus geleng kepala.

Dari jam 8.45 - 11.30 malam menyaksikan konsert Sifu memang saya berpuas hati dengan lagu-lagunya, kemeriahannya dan audiens yang sangat gempak. Kalau orang bagi tiket free pegi konsert Jason Mraz pun, mungkin saya dah taknak pegi. Kalau tiket Coldplay mungkin saya akan pertimbangkan, lah.

Sila layari gambar-gambar konsert di website suratkhabar online sebab kitorang tak boleh snap gambar kat dalam IB, nanti petugas marah. Hehehehe.

Errr... gambar ticket je yang aku ada:

8 comments:

all jazzed up said...

Saya suka M Nasir sebab dia hot. And lagu dia pun hot.

D.N.A.S said...

Jazz,
rambut Jay Jay pun hot. Kalah iklan shampoo. Kalau Dalie tengok mesti jelessss....

Johnny Ong said...

pernah dgr lagu m.nasir dan adanya lagunya memang best

Samael said...

salam :) dpt ur link kat forum on facebook.

mmg cukup best n puas hati dgn performance sifu on d 2nd nite. i was actually w8ing 4 "Akar Kita", tp ade "Gong Impian" mase mule2 tu, so okay la ^_^

nice review btw dayang :)

Saudagar Mimpi said...

Salam perkenalan. Review yg menarik.
Saya juga ada pada malam kedua. Memang gempak!

D.N.A.S said...

Johnny Ong, Samael and Saudagar Mimpi,

Thanks for dropping by. I just read the interview with Ramli MS. He also agreed that audience felt rather awkward in Istana Budaya. But nothing could stop us from enjoying ourselves that night, right?

mikamusz said...

aarrgghhh.. jelesnya saya...
berjalan di tanah gersang.. mentari mencengkam dada.. debu - debu dijalanan.. menjadi teman setia.... jeng..jeng..jeng...

Tiada lain tujuanku..
bla..bla...

hhmmm nak tgk jugak..

Anonymous said...

Interesting facts - The very first song dalam the very first album by M Nasir is called 'Mari Berdangdut'. The album is 'Untuk Pencinta Seni' released in 1979, using the name Mohamed M.N. instead of M. Nasir as he is known today. Booyah!