Adv

Tuesday, July 27, 2010

Mari mengupas isu semasa

Isu Jersey Bola Man U

Kesian kan dengan peminat-peminat Red Devils sebab dah tak digalakkan untuk pakai jersey Man U semata-mata sebab ada gambar (kononnya) devil tu. Padahal, kita semua tak pernah tengok camana rupa devil. Mungkin kalau kita kata gambar kat jersey tu sebenarnya adalah kartun sepupu Spongebob, mungkin surat khabar akan keluarkan penarikan balik larangan memakai jersey ni.

Tapi, kaedah yang lebih selamat lagi (untuk mengelakkan dari fitnah dan sebagainya) kepada para penyokong Man U sekalian ialah dengan menjadi peminat dan terus membeli serta memakai Jersey Liverpool. Musim ni kat jersey langsung takde iklan todi, sumpah..... Ada iklan bank je. Hehehe...

Man U VS Liverpool. (Untuk kanak-kanak riang sahaja)
Liverpool and Liverpool and Liverpool and Liverpool....
Seandainya anda sudah berubah arah, maka bolehlah anda melipat gandakan usaha menambah koleksi jersey Liverpool seperti kami anak beranak... hahaha.

Isu UPSR dan PMR

Nak hapus ke, nak perbaiki atau status quo? Susah nak buat keputusan ni. Dah buat persidangan meja bulat dan keputusannya bercampur-campur. Tak dapat sebulat suara. Maka mungkin banyak lagi meja-meja bulat yang akan dijadikan tempat persidangan membincangkan isu-isu ini. Bagus jugak kalau dapat dengar pengunjung kedai-kedai kopi mendebatkan isu UPSR dan PMR ni sekali-sekala. Jadi-jadilah, jangan asyik cerita pasal Maya Karin dah janda dan Annahita dah jadi Datin tu. Itu dunia artis, tak menolong anak korang dapat masuk universiti pun. 

Saya mendapat jemputan dari egroup Srikandi untuk turut serta membincangkan isu ini, tapi oleh kerana saya tiada modal, maka berkemungkinan besar saya cuma akan pergi menjadi tukang dengar. Saya ketandusan idea kerana saya tak berapa faham apakah isu sebenarnya. Saya sangkakan selepas berkali-kali pembaharuan dilakukan kepada sistem pendidikan negara ini (berubah setiap kali menteri nya berubah) sepatutnya ia kini menuju ke arah kebaikan. Tapi ramai yang mengatakan sebaliknya. Banyak blog yang telah saya baca (langkau-langkau baris sebab Bahasa teknikal sangat...) mencadangkan sistem pendidikan Malaysia ni perlu di overhaul. Ramai juga yang menyuarakan kritikan di akhbar, email berantai dan tak kurang di dalam nota Facebook. Dah letih dah saya membaca kritikan. Ada yang membina, ada yang buat saya rasa merana. 

Tetapi saya belum lagi terbaca tulisan yang menghuraikan dengan panjang lebar cadangan-cadangan yang wajar ketengahkan kepada pihak kementerian dan jawatankuasa panel pemikir bagi melaksanakan 'System Overhaul' tersebut. Kesimpulannya, ramai yang tahu kritik tetapi tidak menyumbang ke arah penyelesaian masalah ini. Cadangan tak memerlukan kertas kerja. Buah fikiran para blogger yang bernas wajar dikongsi di laman blog masing-masing (saya pun bosan baca blog yang sarat dengan agenda politik pihak tertentu. Rakyat Malaysia memang suka baca blog yang memaparkan kontroversi politik, artis dan kisah syahdu janda-janda tetapi kurang bersedia untuk melibatkan diri dalam perbincangan ilmiah). Nak salahkan siapa? Sistem pendidikan juga ke?

Hormati Mufti

Saya sedih membaca tentang Mufti (dan insan-insan yang memiliki ilmu agama Islam yang tinggi) yang diperlekehkan. Digelar dengan nama-nama yang kurang menyenangkan. Dituduh itu ini. 

Perkara paling penting yang kita belajar ketika kecil ialah menghormati orang yang lebih tua dari kita dan orang-orang yang lebih berilmu dari kita. Kalau dikaji-kaji, kita mesti menghormati semua orang kerana kita tidak boleh membezakan sebanyak mana ilmu yang kita ada dengan seorang manusia lain yang berdiri di sebelah kita. Mungkin penampilan manusia itu hodoh, pegi pasar naik bas, bawak beg kanvas compang-camping. Tapi kita tak tahu bahawasanya dia itu mungkin seorang Tahfiz yang ada PHD. Kita ada apa? Khatam Al Quran 3 kali pun belum tentu. Setakat ada blog sendiri dan pandai maki-maki orang cakap Orang Putih?? Isy, tak bagus langsung...

Kalau cerita kat orang-orang tua di kampung, mesti mereka berkata, 'Dunia dah akhir zaman.....'

Kita sedar dunia dah semakin tua, tetapi mahukah kita menjadi umat yang paling sesat dan jauh melencong? Hormatilah Mufti dah tokoh-tokoh agama yang lain sementara kita masih ada tokoh yang boleh dijadikan sumber rujukan dan tempat mendapatkan bimbingan. 

Salam Nisfu Syaaban. Wassalam.

4 comments:

Fadh said...

isu jersi...betul dh xde iklan todi kat jersi liverpool tp bank tue bank mana? kena kaji tue hehehehe

Spena said...

adik aku happy betul psl jersey liverpool takde iklan todi. 6 tahun dia tunggu katanya. hahaha

Anonymous said...

Even local banks practise riba', interest, usuary - so it doesnt matter where it comes from.

D.N.A.S said...

Let's stop overanalyzing. Let's enjoy football. Lalalalalala...