Adv

Tuesday, September 07, 2010

Pesanan special sempena nak raya

Okay, korek punya korek punya korek.... ini satu je gambar yang aku jumpa yang ada muka lima-lima orang (dan posing agak senonoh). Take note: must snap more family pictures this raya. Selalunya, bila nak snap gambar, asyik-asyik muka Wazif ngan Zarif je yang banyak. Memang gila glamer dua-dua orang ni.

Family picture kat Avondale Rd. Lancaster. June 2010.

Maka bersempena dan ramai orang berduyun-duyun balik bercuti di kampung ni, saya ada beberapa pesanan penting (kalau nak buat checklist pun boleh) supaya hari raya kita lebih meriah dan happening:

1. Baju raya yang nak pakai kat kampung tu biarlah yang tahan lasak. Sila strike out silk kaftan dari list anda... hahaha. Ada harapan boleh tersangkut kat buluh lemang tu.

2. Kalau anak-anak tanya mana bunga api tahun ni, cakap kat diorang bunga api ngan mercun sekarang ada banyak radioaktif. Kalau diorang tak tau apa tu radioaktif, boleh tunjuk gambar mangsa bom kat Hiroshima & Nagasaki dulu.

3. Kalau tidur kat rumah kampung tu tidur berselerak kat ruang tamu, pastikan position anak bini anda yang sebenarnya so that, kalau bangun pegi toilet malam-malam takde lah confuse nak tidur semula kat sebelah mana. 

4. Masa on the way balik kampung, memang mengantuk bila drive sorang-sorang. Jadi, tukar-tukar pilot & co pilot setiap jam. Boleh? Hehe...

5. Mari tukar duit shilling kat bank untuk tahun ni. Dah boring lah letak duit kertas dalam green packets tu. Kalau duit shilling ada sound effect sikit.

6. Kepada kanak-kanak yang datang beraya semata-mata nak duit raya, kalau boleh lepas bagi salam semua berdiri tegak dalam barisan kat luar pintu pagar. Senang sikit nak bagi lima posen sorang. Sapa yang mengaku dia nak makan kuih je boleh masuk dalam dok kat kerusi (ya Allah, zalim jugak aku ni..)

7. Cara untuk mempastikan ketupat dan lemang sentiasa fresh dan tidak basi ialah dengan memasak lemang/ketupat yang baru pada malam raya pertama, kedua, ketiga, keempat dan seterusnya sehinggalah semua sedara mara dah kembali bekerja dan tak larat nak beraya.

8. Pada hari raya ketiga, juadah yang paling afdhal disediakan untuk menjamu tetamu ialah Nasik Lemak dan roti canai. Gerenti ramai orang datang.

9. Pada hari raya keempat, budak-budak semua dah mengidam nak makan KFC, sebab dah muak tengok ketupat/lemang/rendang. Maka orderlah KFC beberapa barrel untuk hari tersebut.

10. Jangan cuti raya lama sangat kat kampung, takut nanti ada pakcik/makcik yang sound, "ko ni dah kena buang keje ke hapa? Lama sangat cuti nya..."

Eh, aku sempat tulis 10 pesanan je ni sebab dah nak kena pegi masuk meeting. Yaaaaaa..... saya masih bekerja. Selagi tak keluar muka penyimpan mohor besar Raja-Raja kat TV tu, selagi itulah saya akan bekerja. 

Drive safely dan jangan nakal-nakal.

No comments: