Eh, tetiba ada framelah pulak gambar ni, kaaan? |
Taklah, ini bukan review yang serius sangat sebenarnya. Cuma nak kasitau korang, aku dah baca Kelabu yang ditulis oleh Nadia Khan. Bolehlah korang jeles sampai juling bijik mata.
Kepada yang tak tahu hujung pangkal, Kelabu ni ialah novel terbitan Fixi. Kalau nak beli ada jual kat major bookstores. Kalau malas nak pegi bookstore, boleh pegi dekat http://fixi.com.my . Boleh order online kat situ (sambil-sambil tu, korang orderlah buku Jerat sekali, ek? Tima kasih... hehehe).
Ramai yang baca novel ni mendapat kejutan besar di tengah-tengah cerita.
Tapi, aku pulak, dah terbaca satu review yang mengandungi spoiler. Maka reaksi dan perasaan aku semasa membaca seluruh buku ni agak berbeza. Dari awal, rasa bukan main excited, tapi pada masa yang sama, rasa macam sedih dan sayu semacam.
Bukannya apa, dulu aku ada sorang work colleague yang hidup di dunia kelabu sebijik macam situasi Amir (watak utama dalam novel Kelabu ni). Nama colleague aku tu Jack. Aku tak sempat kenal dia betul-betul walaupun dia duduk selang dua tiga meja aje dari cubicle aku.
Jack kerja kat ofis aku tak lama, setahun lebih je, aku rasa. Bila dia dah resign, tempat dia digantikan oleh budak lain. Aku ada jugak menyiasat kenapa Jack ni resign. Menurut Team Leader dan managernya, Jack ada masalah peribadi. Dia tak boleh kongsi dengan sesiapa pun. Ok, bunyi macam serius gila, kan?
Oleh kerana aku bukanlah jenis suka sangat menyebok tepi kain orang, aku diam aje. Dia dah nak resign, biar ajelah. (Walaupun dalam hati menjerit-jerit nak tahu apakah masalah peribadi dia tu yang sebenarnya, haaaa?)
Selang beberapa bulan, ex-manager dia (yang kebetulan adalah manager aku) bagitau bad news. Jack dah meninggal, accident on the way turun dari Cameron Highlands (eh, ke Genting Highlands, ek? Akupun dah tak berapa ingat. Benda ni jadi dah 2 tahun lepas.)
Jadi, aku ngan kengkawan pun bersedih-sedihlah dengan kematian Jack. Dia memang muda sangat lagi, baru nak masuk 26 masa tu, kalau tak silap aku. Tak lama lepas dengar cerita dia dah meninggal, aku siap termimpi-mimpikan Jack. (Eh, aku pernah blog pasal mimpi ni. Kalau aku rajin korek archive blog ni, nanti aku letak linknya, ye?)
Satu hari, aku lepak kat surau dengan sorang akak pre-sales ni. Dia kenal Jack jugak. Dia tanya aku dah dengar belum berita tentang Jack. Aku jawablah, ya. Pastu, akak tu tanya, version mana yang aku dengar? Aku kasitaulah yang aku dengar cerita dia accident kereta. Akak pre-sales tu kata yang tu sebenarnya cover version. Kisah sebenarnya ialah Jack memang pergi Cameron Highlands (atau mungkin Genting Highlands), tapi masa menghala turun, dia berhentikan kereta kat satu tempat dan bunuh diri dalam kereta.
Aku memang terkejut dan sedih tak hingat bila dengar cerita akak tu. Menurut rumours, masalah peribadi dia (yang menyebabkan dia resign tu) ada kaitan dengan komplikasi hidupnya dalam dunia kelabu. Kemungkinan besar, masalah yang sama telah menyebabkan dia ambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri. Ish, sayu sampai menitis airmata, okeh!
Jadi, bila aku baca Kelabu, sepanjang cerita aku terbayangkan Jack. Dahlah cover depan tu body macam mendiang Jack tu jugak. Ish! Sedih oi!
Maka, korang nampaklah bahawasanya blog entri aku ni tak buat review Kelabu sangat, pun. Tapi aku cuma nak korang tahu, kehidupan kawan-kawan kita dalam dunia Kelabu adalah agak tragic, tak tahu masa depan, nak tangkis tanggapan masyarakat, penerimaan keluarga belum tentu OK dan macam-macam lagi dugaan yang terpaksa dihadapi.
Bila aku baca part hujung-hujung cerita Kelabu ni, memang rasa nak nangis. Jahat macam mana pun kita, tuhan tetap sayangkan kita, kan? Masa tu jugaklah aku terpikir, if only Jack ada supportive friends and family members. If only Jack rapat dengan orang-orang yang boleh membimbing dia. If only Jack dapat menerima fitrah. Mungkin hari ni, tiap-tiap pagi aku pergi ofis, aku masih dapat ucap Good Morning dekat dia. Sobs.
2 comments:
Adakah spoiler tu merujuk kepada blog saya? :'(
Hehehe, ya benar. Saya baca kat situ, tapi tak mengganggu pembacaan, sebenarnya.
Post a Comment