Adv

Thursday, April 19, 2012

Sitora!

Sitora! Sitora! Sitora!
Itulah jeritan yang terngiang-ngiang di telinga aku di saat terbaca catatan Amir Muhammad tentang buku Fixi Retro yang akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kolumpo, 27 April ini.
Sebenarnya, aku terasa macam pernah menonton filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ni zaman-zaman aku kecik dulu (read: tahun 70an lettew). Mak & arwah ayah akupun kerap juga menyakat aku kalau aku pegi merayap petang-petang kat celah-celah belukar di belakang rumah.
'Ha! Jaga-jaga, jumpa Sitora kang!' kata mak aku, memberikan amaran (walaupun aku tak rasa takut langsung dengan amaran palsu sebegitu, hehe).

Ini le cover buku Fixi Retro - Sitora Harimau Jadian

Maka nama Sitora tu memang sangatlah kerap bermain-main di bibir ahli keluarga aku. Bahkan, salah seorang nyonya yang berkedai runcit di kampung akupun diberikan nama manja Sitora (aku rasa sebab dia jongang dan selalu marah anak-anak dia - garang macam rimau).
Memang sedih bila aku baca pasal filem tu dah hilang. Eh, hilang macam tu aje, ek? Kenapa takde kat arkib negara, ye? Walaupun mak aku kata filem tu seram dan suspen, rupa-rupanya filem tu flop, aku tak taupun. Iyelah, kan... zaman 60an kan pawagam ni jadi tumpuan muda mudi, tua bangka semua sebab itu ajelah pun sumber hiburan zaman tu. Bila filem P. Ramlee flop, adalah sangat menyedihkan.
Tapi, mungkin orang-orang kampung aku semua pergi tengok filem ni kat pawagam, sebab bila sebut Sitora je, pakcik-pakcik, makcik-makcik semua tahu pasal cerita rimau jadian ni.
Well, topik rimau jadian ni memang famous kat kampung aku sebab zaman dulu-dulu, memang ada orang yang memelihara rimau jenis ni - buat tunggangan katanya. Wallahualam, masa tu aku belum lahir ke dunia. Menurut cerita arwah nenek aku, rimau jadian yang dibela oleh orang-orang Melayu zaman dulu, saiznya memang besar, tersangat besar sampai boleh tunggang satu family. Cuba kau bayangkan sebesar mana tu, macam mini van kot.
Daripada cerita arwah ayah aku pulak, orang yang memelihara rimau jadian ni memang benarkan rimau tu duduk dalam rumah, tapi halimunan di mata orang luar. Pernah sekali tu ada sorang sedara arwah ayah aku pegi berkunjung ke rumah seorang lelaki yang ada bela rimau ni. Tengah syok-syok minum kopi dan bergebang-gebang, tiba-tiba rumah tu rasa bergegar. Pakcik tu tanyalah kat tuan rumah, apa yang telah berlaku? Maka tuan rumah tu pun cakap, rimau dia baru je terjun turun ke tanah. Amboi, power betul rimau tu.
Ok, kalau anda semua curious nak tau dengan lebih lanjut tentang Sitora Harimau Jadian, pastikan anda mendapatkannya sama ada secara online dari kedai Fixi ataupun datanglah beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa Kolumpo yang akan bermula 27 April ini. Tak lama kemudian, ia akan dijual di kedai-kedai buku kegemaran anda.

1 comment:

seniman jalanan said...

benarlah bagai dikata oleh orang lama itu bahwa rimau jadian ini belaaan orang melayu sebagai binatang tunggangan dan penjaga tanah dan rumah.

Arwah atuk aku pernah cerita sewaktu dia meneroka tanah di Tg. Malim, dia bersampan dari Bengkalis ke Melaka dan menaiki tunggangan rimaunya utk ke Tg. Malim dan disahkan oleh Bapa aku bila aku tanya.

Sitora ini mengambil kisah orang melayu yang meneroka tanah melayu.