Adv

Saturday, September 29, 2012

Makan bola, minum bola, tidur bola, main bola, baca BOLA!

Okey, cuba bayangkan, ye... Kau memang suka dan berminat tentang sesuatu, dan kau hari-hari dok bercerita tentang benda itu. Dengan kawan-kawan pun, kau ngam dengan mereka yang punya minat yang sama. Ibaratnya, kalau jumpa tu confirm semuanya tenggelam dok bergossip pasal minat yang satu itu. Mesti syok, kan?

Kemudian, dengan tak semena-mena, kau dijemput untuk menulis tentang benda yang kau minat itu. Haaa... tak ke terlompat-lompat kau sebab teruja, kan? 

Itulah yang terjadi pada aku bila diundang oleh Buku FIXI untuk menulis cerpen yang bersangkut paut dengan BOLA. Tajuk antologi tu pun BOLA. Projek ni bermula dan siap ditulis pada bulan Jun 2012. Kesemua penulis yang diundang memang berlumba-lumba menyiapkan cerpen masing-masing sebab cuma ada 19 slot untuk cerpen dan 1 slot untuk cerpen bergambar yang diperuntukkan. 

Akupun tergolong di antara makhluk-makhluk kiasu juga, maka aku dengan gigihnya menyiapkan cerpen aku yang bertajuk LIGA MANDREM dalam masa 4 hari. Orang lain dah ramai yang siap lebih awal daripada aku, tapi oleh kerana aku kena pergi ofis, jaga anak etc etc, maka tak dapatlah aku nak pulun habis-habisan bila part menulis bahan-bahan kreatif ni, kan? Pada masa yang sama, dokumen projek kat ofis pun ada jugak yang aku perlu tulis.

Cover Antologi Cerpen BOLA
Maka, seminggu kemudian, antologi cerpen BOLA sudah siap ditulis. Haaaa..... power tak power penulis Malaysia ni. (Alangkah bagus kalau projek-projek kerajaan pun boleh siap lebih awal daripada deadline, kaaaan?)

Jadi, apa tunggu lagi? Buku BOLA ni boleh dipesan secara online di fixi.com.my. Kat kedai-kedai buku seperti MPH, Popular, Times dsb memang confirm takkan ada. Sama macam buku KOPI dulu jugak. Siapa lambat, memang kempunan, uolls!

Sedutan cerpen Liga Mandrem 
5 copies -- aku punya tapi semua kengkawan sudah book awal-awal.

5 comments:

Hazyr said...

Arul Kanda?? Hahahaha..

shandye. said...

sy atr org last yg mengisi slot2 akhir dlm BOLA kot.

maybe sbb temanya tak berapa nak ngam dgn sy sbb lets face the fact... sy bkn minat sgt tgk bola. most of the time klu lepak mapley dgn kwn2, klu ada game bola sy sanggup balik naik cab drp stay lyn 90 minit tgk benda yg sy tak faham.

jd bila pelawaan utk tulis BOLA ni keluar, sy agak struggle jgk la sbenarnya. payah nk korek ilham nk approach theme tu dlm angle yg berbeza.

alhamdulillah... berkongsi antologi lg kita kli ni. woot... woot...

=)

D.N.A.S said...

Ryzah,
we were gossipping abt Arul Kanda on twitter while I was writing this short story. Hehehe.

Shandye,
I belum sempat baca semua lagi. Nanti I baca cerita yang gersang itu.

mikamusz said...

kena order buku lagik nampaknya nih

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Bil Kak Dayanag post gambar dah ambil BOLA, terus rasa teruja!

Aaaaa!
Kali ni menulis bersama lagi & ya, memang hebat FIXI bagi tema. Dua2 kali benda yang saya suka :D