Adv

Sunday, October 21, 2012

Mari! Mari! Jamuan teh dan pelancaran BOLA!

Arakian maka tersebutlah al kisah kononnya pada tanggal 3 November 2012 kelak akan diadakan satu jamuan teh yang maha meriah lagi gilang gemilang bersempena pelancaran antologi cerpen BOLA yang comel lagi menawan. Maka, ayuhlah kemaskan gendongmu dan berarak beramai-ramai ke kedai buku Silverfish, Bangsar untuk acara ber'mingle-mingle' dan mendengar kisah ceritera daripada para penglipurlara yang bakal menghadirkan diri.

Pautan ke acara tersebut ada di sini dan anda semua yang membaca catatan ini, secara rasminya adalah dijemput untuk turut serta menjamu selera dan bergembira, bersuka ria.


Promo BOLA di Utusan Malaysia 27/10/2012. Beli jangan tak beli!
Daripada angin yang bertiup kencang, khabarnya MASKARA shorties juga bakal berlangsung pada malam itu. Hah! Apa lagi! Ayuhlah singgah dahulu di Silverfish sebelum kita meneruskan kembara seni terus ke MASKARA shorties selepas itu. Dedikasikan hujung minggu itu untuk aktiviti sastera dan seni. Moga-moga makmurlah negeri!

No comments: