Adv

Thursday, December 06, 2012

Di Sebalik Dinara - the making of

Aku dah cerita dulu, kan, bahawa aku cuma mula menulis pada June 2011. Sebelum itu memang tak pernah tulis novel atau cerpen. Cuma pernah tulis skrip drama untuk teater sahaja. Itupun teater komedi. Jadi, bila mula menulis, rasa macam banyaklah pulak benda yang nak ditulis.

Pada hujung bulan August 2011, aku ada dapat satu FB message daripada Amir Muhammad yang menguar-uarkan tentang Sayembara Fiksyen Sains yang dianjurkan bersama oleh UTM dan Utusan Melayu. Aku adalah baca sekali lalu message tu, tapi masa tu tengah excited nak tunggu pelancaran novel Jerat, jadi aku tak lah terfikir nak masuk sayembara tu.

Bila Jerat dan dilancarkan, dan aku pun sibuk promosi kat kawan-kawan, ofismet dan rakan-rakan FB. Lepas tu sibuk berulang-alik pejabat pos juga.

Sedar-sedar dah bulan Oktober 2011. Masa tu baru terfikir nak tulis satu novel fiksyen sains dan sertai Sayembara tu. Padahal, tarikh akhir untuk hantar karya ialah pada 30 November 2011.

Maka, dengan selambanya aku pun mula menulis dengan penuh khusyuk selama beberapa minggu. Selepas kira-kira 5 minggu maka, siaplah manuskrip yang aku namakan Di Sebalik Dinara. Memandangkan tarikh tutup tinggal 2-3 hari saja lagi, maka aku terus print dan poskan penyertaan aku tu. Terkilan juga sebab tak sempat nak semak balik untuk hasilkan 2nd draft ataupun minta pandangan daripada rakan-rakan yang boleh buat editing. Tapi, apa nak buat..... suka buat kerja last minute, sapa suruh, kan? Nangis airmata darah kryptonite pun tak guna.

Jadi, sebulan dua lepas tu, aku dapat surat daripada UTM mengatakan bahawa manuskrip Di Sebalik Dinara tu layak untuk dipertimbangkan oleh panel penilaian. Masa ni memang terkejut besar sebab novel aku tu memang langsung tak ada falsafah ke, apa-apa ideologi menarik ke. Ceritanya stail macam yang aku pernah tulis dekat FIXI juga - kasual, tentang keluarga, tentang persahabatan, tentang karier dan adalah tentang IT sikit-sikit.

Tak lama lepas tu, dalam bulan April 2011 aku dihubungi oleh pihak Utusan pula mengatakan mereka dah buat layout dan minta aku semak kalau ada apa-apa pembetulan yang perlu dibuat. Ha, part ni lagi terkejut sebab aku tak tahupun manuskrip tu layak ke peringkat seterusnya. Menurut pihak editorial lagi, novel Di Sebalik Dinara memang dah confirm akan diterbitkan sebab ia adalah salah satu pemenang sayembara tersebut. Okey, part ni yang paling tak boleh diterima akal. Setahu aku (seperti yang dipantak oleh penulis-penulis otai yang lain ke dalam kepala aku ni) -- first draft always sucks.

Pada bulan November 2012, aku mendapat undangan daripada pihak penganjur untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah Sayembara ni. Sebenarnya, masa tu apa yang bermain dalam kepala aku ialah, "hmmm mungkinkah aku akan mampu membeli sebuah hand bag baru?" Tak senonoh betul cita-cita aku ni, kan?
Jadi, pada petang 6 Disember 2012, aku pun menghadirkan ke majlis hi tea merangkap penyampaian hadiah merangkap pelancaran novel sayembara tersebut di PWTC. Alangkah terkejutnya bila aku berjumpa Sri Rahayu duduk di meja pemenang. Dia dah 7 kali menang HSKU (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan), okey!! Pemenang lain pun semua otai dalam bidang penulisan termasuklah pemenang pertama dari Musim pertama sayembara ini iaitu abang Amer Hmzah. Aku rasa kerdil betul masa tu sebab aku baru nak belajar-belajar menulis ni. Buku Creative Writing tu pun baru baca 3 bab je. Masa tu memang terfikir, Ya Allah kenapalah aku submit first draft padahal nak kena berentap dengan mereka-mereka yang dah otai ini?

Bila tengok buku cenderamata, seperti yang aku jangka novel Di Sebalik Dinara adalah salah satu daripada pemenang Hadiah Penghargaan. Tiada pemenang tempat pertama. Novel Sri Rahayu yang berjudul Equilibria dapat tempat kedua. Tempat ketiga ialah novel berjudul Detik yang menceritakan tentang pengembaraan masa oleh Dr. Amir Husaini. Novel abang Amer Hmzah dapat Hadiah Penghargaan juga, judulnya id-InterDimensi. Satu lagi novel yang dapat hadiah penghargaan ialah Bekamorfosis oleh Haji Jali Kenoi.

Bila dah siap majlis penyampaian hadiah dan pelancaran, aku baru tahu para penulis tak dapat sebarang stok (macam yang selama ini aku dapat daripada FIXI dan aku boleh hadiah kat kengkawan.... hehehe). Malang sekali aku tak bawak cash tadi. Maka aku tak dapat nak membeli stok buku sendiri. Haih... sedih.

So, kalau korang terjumpa buku aku ni kat kedai buku Utusan ataupun kedai-kedai online, bolehlah beli kalau berminat.

Novel Di Sebalik Dinara (sumpah aku tak kenal  cover model tu.)

Dapat trofi ini. First time sertai sayembara dan first time dapat trofi. Hari yang sangat bersejarah. 

Gambar semua pemenang (Gambar diambil dari laman Utusan)

3 comments:

mikamusz said...

wah kak dayang.. hebat sekarang... semoga terus success....

shandye. said...

tahniah kak!

waa... mesti masa terima award tu fefeeling ala2 baru lepas menang best actress oscar, ye tak?

insyaAllah i'm sure going to buy that book when i see it in any bookstores.

hehehe...

Faizul Osman said...

baca buku hilang tu memang best... minat novel yg thriller ni... tak berhenti nak membaca sampai habis... ada je kejutan yg dpt baca...

tp, dah tulis penat2 kalau tak dpt royalti tak best lah...