Siapa yang duduk kat KL/Selangor yang kata tak pernah pergi jenjalan kat KLCC tu, nampak sangatlah menipu, kan? Siapa tak tahu KLCC. Orang yang duduk kat ceruk Scotland sana pun at least pernah dengar tentang menara berkembar yang mencakar awan di tengah-tengah bandar Kolumpo ni ha.
Ia antara mercu tanda paling famous di dunia. Kalau tak caya, cuba korang pergi travel kat mana-mana tempat kat dunia ni, pastu bagitau korang datang dari Kolumpo (walaupun kampung asal korang ialah Padang Terap atau Kg Buntut Pulau). Dalam 10 orang kat situ, mesti at least sorang tahu pasal KLCC.
Ada satu masa dulu, aku aktif dengan satu online community ni. Community ni ada ramai gila members from seantero dunia. Satu hari, mereka keluarkan T-shirt dan kitorang dapat sorang satu. Free okay..... free. Diorang pos kat aku t-shirt tu dari Texas, gituuuu... Walaupun free, sebenarnya ada satu syarat. Kami semua diminta posing pakai t-shirt tu dekat depan salah satu mercu tanda atau tempat terkenal.
Maka, akupun, apa lagi. Aku pergilah kat tepi parking terbuka KLCC tu dan posing dengan jayanya. Lepas tu aku upload gambar aku kat website tu.
Beberapa bulan lepas tu, bila aku masuk balik website tu dan browse diorang punya photo gallery, aku jumpa dua, tiga lagi Americans yang ambik gambar posing depan KLCC. Fullamak. Glamer betul KLCC ni, kau.
Mungkin Americans tu kebetulan datang bercuti kat Kolumpo masa tu kot. Tapi yang pentingnya, mereka pilih mercu tanda KLCC untuk diabadikan di website rasmi online community itu. Wah, berbesar hati betul aku melihatnya.
Satu masa dulu, aku pernah transit dekat satu airport ni, tak ingat sama ada Taipei atau Dubai. Ada sorang Mat Salleh ni datang ajak aku borak-borak. Bila aku kata 'I'm from Kuala Lumpur', terus dia cakap, "Oh! KLCC!" Amboi! Bangga kejap aku.
Kalau korang (yang cukup tua) ingat lagi, 15 tahun dulu macam-macam Tun M kena kutuk sebab buat bangunan ofis tinggi-tinggi, buat airport besor-besor - ngabihkan duit rakyat katanya. Hakikatnya, Tun M buat KLCC ni supaya ia jadi satu simbol. Supaya ia boleh jadi satu kebanggaan kepada negara.
Nah! Sekarang ni, apo nak dikato. Mana-mana pergi, orang lebih tahu KLCC berbanding binaan lain dekat South East Asia ni. Eh, Angkor Watt pun ada budak tak pernah dengar, okeh!
Baiklah, cerita meleret-leret pun tak guna. Banyak ngumpul dosa je. Oleh itu, luangkan masa anda pada 1 April 2013 nanti untuk pelancaran Antologi Cerpen KLCC - gempak uols! Tempat dan masa akan diberitahu kelak.
Sementara tu, bolehlah LIKE fan page KLCC ni.
Saya ada menyumbang sebuah cerpen berjudul PENJAGA. Ini bukan cerita hantu. Hahaha.
Mari tiup lilin beramai-ramai! |
No comments:
Post a Comment