Adv

Thursday, August 15, 2013

Raya Aidil Fitri 2013

Raya dah seminggu berlalu tapi baru ni sempat nak update blog. Seperti biasa, kita tepek-tepek gambar ajelah ye. Tak banyak cerita pun raya kali ni. Puasa pun ala kadar je, tak delah nak bermewah-mewah atau meriah-meriah. Lagipun pertengahan puasa haritu, bapak mertua masuk hospital dan melalui pembedahan. So, tak bolehlah nak joli lebih-lebih raya ni. Balik kampung pun 2 hari je. 
Sorrylah ramai sedara mara tak sempat nak jumpa raya kali ni. Insya Allah kalau ada yang buat open house, bolehlah kita beraya bersama-sama. ;) 

Semua kelam kabut nak pergi sembahyang raya sebab terbangun lambat.
Seperti biasa, kanak-kanak riang ni semua bangun lambat pada pagi raya. Lepas tu masing-masing berebut bilik air, nak mandi (padahal mandi kambing aje pun). Tahun ni Wazif dengan Shawqi kena belajar ikat sampin sendiri sebab sampin kanak-kanak (size kecik yang ada hook tu) dah tak padan. Kena pakai adult size.

Di depan masjid lama Kg. Kerayong. 
Lepas solat sunat Aidil Fitri di masjid lama Kg. Kerayong, kami pun posing-posing lebih kurang sebelum menziarah kubur arwah apak, uwan dan embong Jamilah. Dulu aku punya akad nikah buat kat masjid lama ni lah. Walaupun sekarang dah ada masjid Bandar Bera yang besar dan lawa, masjid lama ni tetap tak dilupa.

Family photo pada hari raya di rumah Pak Andak
Ini aje satu-satunya family photo yang sempat diambil sepanjang raya ni. Itupun masing-masing dah mula selekeh. Sampin ke mana, songkok ke mana.

Family saya tak ramai perempuan
Ini antara perempuan-perempuan dalam family. Majoriti dalam family ni adalah lelaki. Kami setakat AJK basuh pinggan je.

Dengan Farhana. Dah 16 tahun anak dara ni.
Farhana ni lahir beberapa hari sebelum pemergian arwah Uwan ke rahmatullah. Ana dah 16 tahun, maka dah 16 tahun jugalah arwah Uwan meninggalkan kami. Itu bermakna dah 17 tahun arwah Apak pergi menemui Ilahi.

Zarif is obsessed with the game Minion Rush. Dia belum tengok Despicable Me 2.
Sepanjang raya, Zarif tak jalan-jalan sangat pun sebab dia busy main Minion Rush dekat iPad. Semalam pergi Empire, tiba-tiba ternampak poster besar ni dekat depan salah satu kedai yang tengah renovate. Zarif pun, apa lagi. Cepat-cepat dia pergi posing kat depan tu (siap dengan sound effect dia cakap bahasa Minion).

No comments: