Adv

Friday, August 16, 2013

Saya nak jadi penulis, kak.....

"Akak, saya ni nak jadi penulis, kak. Apa course yang saya boleh attend?"

Itulah ayat yang paling kerap aku dapat dalam email, FB message, twitter DM dan dalam perbualan dengan beberapa kenalan baru dan lama. Sedara mara pun ramai juga yang mengajukan soalan tu bila-bila terjumpa di kenduri kendara. Sebenarnya, akupun segan nak jawab soalan ni sebab akupun baru dua tahun jagung mula belajar menulis. Aku mula menulis pada bulan Jun 2011, so, betullah baru dua tahun.
Aku memang tak tahu course apa yang ditawarkan di Malaysia untuk bidang penulisan. Kadang-kadang aku nasihatkan diorang yang bertanya ni attend Ramli Awang Mursyid punya seminar (kalau diorang berminat nak tulis thriller). Kekadang aku cadangkan diorang attend PTS punya kursus penulisan dengan kaedah surah Yusuf tu. Hakikatnya, aku sendiri pernah attend satu je kursus penulisan masa aku umur 16 tahun dekat Perpustakaan Sultan Ismail, JB. Masa tu Dr. Lim Swee Tin yang conduct. Kalau tak silap nama course tu Penulisan Cerpen. Course tu sehari je, tapi sebab aku tidur lambat malam sebelumnya, aku cuma dapat fokus selama setengah hari je kot. Selebihnya, aku tersengguk-sengguk.
Kebelakangan ni, kalau sesiapa tanya lagi aku soalan tentang kursus penulisan, aku suruh diorang Google aje. Aku sendiri (dan ramai lagi penulis lain) banyak mengutip tips penulisan daripada websites tentang penulisan kreatif. Ilmu ni ada di mana-mana, terpulang kepada kita lah confident ke tidak dengan ilmu yang dikongsikan dekat laman-laman web ni.

Soalan kedua yang paling selalu ditanya kepadaku pula ialah:

"Macam mana nak karang cerita? Nak buat twist-twist tu semua? Mana nak cari idea?"

Ada 3 in 1 soalan tu sebenarnya. Yang ni memang susah aku nak menjawabnya. Jadi, selalunya aku balas dengan beberapa soalan semula kepada orang yang bertanya.


  • Kau selalu baca surat khabar?
  • Banyak tengok movie?
  • Rajin baca novel penulis-penulis dari serata dunia?
  • Selalu duduk termenung, berangan sorang-sorang?
  • Suka duduk kat tempat awam dan perhati karenah orang?

Pada pendapat aku idea penulisan ni banyak datang dari pendedahan (bahan bacaan, tontonan) dan pergaulan kita seharian. Memanglah, orang yang duduk terperuk di rumah pun boleh bikin cerita-cerita gempak, tapi bila kita meluaskan pandangan dan pergaulan, idea yang diketengahkan itu selalunya lebih menarik, real dan mungkin provokatif. Aku seboleh-bolehnya nak jadi penulis yang boleh mencetuskan rasa ingin berfikir di kalangan pembaca. Nak buat pembaca beremosi dah cukup payah, inikan pula nak menyuruh pembaca berfikir, kan?

Ada beberapa rakan aku yang rajin baca novel dan selalu komplen - jalan cerita tak logik. OK, ini topik yang sangat menarik. Memang tak dapat dinafikan, penulis Melayu banyak terpengaruh dengan apa yang ditonton di TV. Kalau yang taksub dengan Hindustan sejak kecil tu, memang akan terikut-ikutlah babak yang kerap dipaparkan dalam filem Hindi. Dalam filem Hindi dulu-dulu memang terlalu banyak perkara tak logik - yang penting drama mesti lebih, romantik mesti lebih. Nak lari daripada pengaruh filem Hindi dan drama-drama Melayu yang tak logik ni sebenarnya agak susah. Salah satu cara untuk menjadikan cerita kita real dan logik ialah dengan bertemu dan berbual dengan orang yang pernah melalui satu-satu situasi tersebut.
Contohnya, kalau kita nak menulis tentang wanita yang ditindas di pejabat yang didominasi oleh lelaki, ada eloknya kita kenalpasti dan temuramah mereka yang pernah merasainya. Dengan cara ni, baru kita dapat gambaran sebenar.

Para pembaca novel-novel Melayu ramai yang dah matang. Kalau setakat kita gambarkan pekerja wanita dibuli oleh boss suruh buat kopi (atau photocopy), they don't buy that anymore. Gambaran cerita dan situasi yang lebih professional diperlukan untuk menguatkan novel itu.

Lagi satu contoh ialah situasi yang berkaitan dengan perubatan, seperti watak jatuh sakit, penyakit yang terminal, ada pula watak doktor yang nak menerangkan situasi sebenar kepada keluarga. Research mendalam wajib dilakukan kerana para pembaca novel Melayu dah bertahun-tahun tengok CSI. Mereka tahu penerangan sebagaimana yang perlu ditonjolkan. Setakat tulis dialog "Anak makcik ada brain tumor, harap bertenang," the readers mesti berbulu gila. Hahaha!

Okaylah, itu aje bebelanku untuk hari ini. Chow chin chow!




No comments: