Adv

Tuesday, September 10, 2013

Sweet September

Yeay! Alhamdulillah! Akhirnya berjaya juga untuk menghasilkan buah tangan untuk para pembaca, terutamanya para peminat fiksyen PULP.

Ramai yang tertanya-tanya PULP tu apa. Kalau tanya geng-geng peminat sastera berat, mereka akan ibaratkannya sebagai bahan bacaan ringan dan picisan. Tapi, kalau lagi senang nak faham, ia adalah bahan bacaan yang dicetak pada kertas yang sedap dihidu dan boleh dibaca pantas kerana menghiburkan. Bukanlah nak kata sastera berat tak menghiburkan, tapi kisah-kisah PULP ni biasanya jenis yang mudah dibaca dan dihadam. Tak perlu kerut-kerut kening nak fikirkan wacana dan segala mesej tersirat. Plot cerita-ceritanya selalunya bergerak pantas dan tidak memberikan ruang untuk pembaca berasa mengantuk.

Buah tangan saya yang pertama pada bulan September ini ialah sebuah cerpen berjudul KOMPLOT yang bakal dimuatkan dalam antologi FOBIA terbitan ROMAN buku. Kisah ini ada sisi gelap (seperti biasa) yang tidak keterlaluan. Jadi, tak perlu fobia sangat kalau ada depan mata. Heh, bukan senang nak galakkan anak-anak muda mengutip buku cerita dan membaca. Masih ramai yang memandang sepi buku-buku yang tersusun cantik di perpustakaan dan di rak-rak kedai buku. 

Kalau terjumpa buku antologi cerpen FOBIA ini nanti, mohon dapatkan, ya? Atau lebih senang, boleh lakukan pembelian atas talian di laman ini ---> http://roman.com.my/ Bukan cerpen saya saja yang ada terkandung dalam antologi ini. Ada beberapa belas lagi hasil nukilan penulis-penulis hebat kesayangan anda. 

Pelancaran akan diadakan di acara Art For Grabs, Annexe Gallery, Central Market, 29/9, 4.30 petang. Dengarnya ramai penulis bakal hadir. Jom pergi!

Cover FOBIA yang penuh misteri

Teaser cerpen KOMPLOT yang terkandung dalam antologi FOBIA

Cover SAMAR mengingatkan kita kepada The Shining dan Amityville Horror, kan?
Satu lagi buah tangan yang bakal menemui pembaca ialah novel FIXI saya yang ke 3 - tajuknya SAMAR. Kulit novel kali ini memang tampak garang. Salah satu wataknya pun agak garang. Tapi, ini bukanlah kisah perempuan-perempuan garang. Kali ini novel saya menghidang kisah konflik keluarga yang diserikan oleh kisah cinta tragis (tragis tapi berseri, boleh?). Tiada unsur-unsur syiah atau iluminati dalam cerita ini. Tapi, kalau tengok blurb pun ada yang akan terasa kisahnya bagaikan parodi kepada novel-novel cinta yang kerap menguasai pasaran. Ia bukan kisah cinta jiwang karat - percayalah. Ada banyak realiti yang disuntik ke dalam SAMAR. Ada banyak emosi yang jarang terokai ada di dalam SAMAR. Cara penceritaan juga sesuatu yang jarang-jarang anda temui dalam novel-novel berbahasa Melayu. 

Saya mengharapkan para pembaca akan mendapat satu pengalaman baru setiap kali membaca karya saya. Diharapkan SAMAR akan memuaskan hati dan memenuhi citarasa semua pembaca setia dan membuka mata para pembaca yang pertama kali menyelak helaian fiksyen PULP. 

Jangan bimbang, saya masih tidak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya hanya menulis dengan Bahasa Melayu yang mudah difahami. Tak perlu semak kamus, tak perlu tanya guru. Perkataan mudah-mudah sahaja yang digunakan. Kebanyakan ayat adalah pendek-pendek dan ringkas. Gambaran keterlaluan sentiasa saya elakkan. 

Walaupun ada juga terkandung adegan yang 'agak dewasa', saya tetap menyasarkan karya saya mampu dibaca dan difahami oleh kanak-kanak berusia 10 tahun. Jika mereka minat membaca, Alhamdulillah. Yang saya risaukan, golongan muda yang langsung membenci buku. Buku-buku berbahasa Melayu mereka benci, buku-buku dalam Bahasa Inggeris, apatah lagi. 

Semoga warganegara Malaysia makin cintakan buku dan ilmu. Itulah harapan saya sebagai penulis yang baru nak bertapak. ;) Semua tu boleh dicapai, dengan syarat para penulis tak serik menghasilkan karya dan para penerbit tak takut-takut nak mempelbagaikan terbitan mereka.

Novel SAMAR bakal dilancarkan di acara Art for Grabs, Annexe Gallery, Central Market, 28/9 nanti. Datang, jangan tak datang! Siapa datang, kita boleh posing together-gether sambil buat muncung itik dan bagi isyarat peace.


4 comments:

Anis Azalea said...

Waiting for my next collection of buku fixi. Samar confirm masuk senarai.

mikamusz said...

Macam dah tak terkejar dah buku akak ni.. memang dah taraf ahadiat akashah dah,, sikit hari lagik novel jadik filem.. dah boleh fikir OST apa nak pakai... hehehe all the best kak

ulasbuku said...

Dayang, buku "FOBIA" tu hari Sabtu 28 Sept tu dah start jual ker? Saya ni dari KB, cuma sempat di KL hingga Sabtu jer. Juga tahniah dari saya; saya juga start koleksi karya Dayang.

D.N.A.S said...

Terima kasih atas sokongan semua!

FOBIA dah ada pada hari Sabtu tu rasanya. Insya Allah, kalau dah siap print. ;) Jumpa di sana...!