Adv

Tuesday, June 27, 2006

Aku Difitnah.... sob sob sob...

Warning: This entry is written in Bahasa Melayu. I apologize to
audience who feel disheartened with the content.


Nak kata kecik hati, memang aku kecik hati. Siapa suka bila kena
fitnah, kan? Nak kata bengang, memang tahap 'gaban' dah aku punya
bengang.

Mesti semua orang dok heran apasal makcik sorang ni tiba-tiba
hangin tak ingat. Mau nya tak hangin. Nama baik aku sudah dicemar.

Macam ni ceritanya....

Semalam tengah aku dok seronok makan nasik lemak, sambil minum kopi
pahit rasa macam puntung rokok kat meja, tiba-tiba ada orang
bagi salam kat aku kat YM. Aku tengok-tengok, rupa-rupanya
ex-colleague aku. Aku dengar diapun dah resign from company X.
Akupun boraklah dengan dia. Pastu, dia bagitau aku dia baru
masuk keja dekat company aku sekarang. Akupun terkejut
jugak, sebab aku tak tahu cerita pun. Dia dekat tingkat
10, aku kat tingkat 9.
Dah borak-borak kat YM, aku ajak lah minah ni pegi lunch
(sebab aku tau dia takde geng lunch lagi.... hmmm... baik aku nih..)

Masa lunch dia ceritalah kat aku. Masa dia resign from
company X, dia dapat offer dari company Y, tapi dia kata company
tu kecik je, dia rasa macam tak confident nak pegi. Lepas tu,
dia kata ada head hunter contact dia, bagitau ada opening kat
company Z (company aku keje sekarang ni le). Aku dengar ajelah
kisah perkembangan karier dia, sambil menyampuk-nyampuk sikit
sebanyak apa yang patut.

Minah ni (meh kita panggil dia Ms. WWW lah...) cerita jugak kat
aku, geng-geng dia kat company X memang selalu dicari oleh head
hunters. Aku biasa jugak dengar cerita-cerita macam ni sebab
akupun selalu dikejar oleh head hunters.
Pastu, Ms. WWW ni kata ramai geng-geng dia memang tengah giat mencari
kerja kat tempat lain sebab tak puas hati sebab company X masih
banyak lagi belum settlekan caruman KWSPee. Akupun angguk ajelah
sebab aku punya KWSPee pun company X belum settle (January
2005 - May 2005 still zero kat dalam aku punya penyata).

Balik dari lunch, akupun SMS dan YM le kengkawan aku yang
kenal Ms. WWW ni,bagitau diorang minah ni sekarang keje kat
ofis aku, kena assign kat projek yang sama pulak tu. Sorang
pun kengkawan aku tak reply aku punya message.
Aku lepak aje la, diorang ni busy kot... So, aku yang tak
busy ni pun, balik pukul 5 terus pegi gym.

Yang aku start hangin tu, pagi ni aku YM dengan sorang kawan
aku yang masih lagi kerja kat company X. Meh kita panggil dia
Mrs. AAA lah. Mrs. AAA ni tanya aku, takkan aku tak tau Ms. WWW
tu join company Z. Aku memang serius tak tau. Semalam le baru aku tau.
Masa tu rasa macam ketinggalan zaman la pulak aku ni.

Pastu Mrs. AAA ni bagitau masa Project Meeting, diorang
discuss macamana Ms. WWW boleh kerja kat company Z. Ada lah manusia
yang suspect aku yang tarik Ms. WWW ni keja kat sini.
Pastu ada pulak yang confirm kan aku ada forward iklan kerja-
kerja kosong kat diorang kat company Z. Pastu ada pulak orang
suggest untuk block aku punya email.

Memang betul aku rajin forward iklan kerja-kerja kosong,
mana lah tau kan, ada orang-orang yang tengah desperate
nak cari kerja, bagi can lah. Masa kat company X dulu pun
aku rajin me 'war-war'kan berita kerja kosong. Itu kira
macam amal jariah jugak lah kan.

Tapi bila dah jadi macam ni, aku memang hangin satu badan.
Kalau nak tuduh, biarlah ada bukti, biarlah berpada-pada.
Kalau dah nak block email aku, itu dah kira menghina aku,
macam dah mensesiakan aku punya friendship selama ni,
all those late nights aku kerja macam orang gila nak
tolong siapkan projek yang diorang buat, all those
long hours I spent in the office sampai
rumah tangga aku sendiri pun tunggang langgang tak terjaga.

Ini bukan kes mengungkit lah, aku tau selama ni yang aku
buat kerja tu company X bayar gaji aku (walaupun tak dapat
overtime bila tidur kat ofis). Tapi, kalau sayang sangat dengan
staff, jaga lah staff baik-baik. Tak payahlah
tuduh-tuduh orang lain hasut/curi/tarik/influence staff korang tu, kan..
sendiri mau ingat la kan...

Okeylah itu je aku nak membebel hari ni. Aku nak pegi lunch. Ofismet aku
baru dapat keta baru, aku nak pegi jolikan keta dia.

Before that, moral of the story is:

1. Jangan suka buat spekulasi membab1-buta.
2. "Benar kata Dr. M"
"Orang Malaysia mudah lupa..."

Majulah IT untuk negara.

15 comments:

Jade said...

iskk..sampai nyer hati mereka. i punyer kaydabeliuespee pun still kosong lagi.. :-( cehceh.. cemana nak dpt keje kat where you are now? nak la jugak...

btw, sabar ajer leee.. hugs.

Angel Eyes said...

hangin satu badan kan? perghhh.. rasa cam nak tumbuk jer dia...

takpe dear, sabar.. take it easy ya.... wah, jolikan kete baru kwn u eh? bestnye..

bila kita nak pegi joli ek?

DNAS said...

Jade:
Iklan selalu ada kat kitorang punya website.

Sheryl:
Bila2 u ada kat area SJ or KJ contactlah I. I sentiasa rela dan ada masa untuk berpoya2. Hahaha.

Leilanie said...

Dr.M kata......... orang "Melayu" mudah lupa.

hmm.....
tak per lah Dee.
Kalau kerja untuk orang, gitu-lah akibatnyer. When things are good, everything is nice and rosy, when things are bad (we as employees still slog like crazy, and the company buat dunno jer - pas tu fitnah pulak tu).

Take a break.
Have a Kit Kat.
Jom.

Nour said...

sabar je la..
mulut tempayan boleh tutup, mulut manusia...hmmm jgn harap...

take it easy and hopefully everything will fall into place :)

DNAS said...

Leilanie:
I tak boleh racist, that's why I put Orang Malaysia... hihihi

Nour:
Nak manage stress punya pasal, semalam awal2 I dah blah from office and pegi gym. :)

kimi azhan said...

Lah.... hai, you ni selalu kena buli/fitnah etc... nape diaorang dengki sangat ngan you nih? Meh I belanja you coklat (coklat boleh jadi penenang stress)... you nak Cadbury ke, Kit Kat ke, Vanhoutten ke? Tu je yg I mampu....

DNAS said...

Kimi:
Itulah pasal, susah jadi orang comel ni. Ramai yang dengki/geram/jeles ngan kita. Hihihi.
Anyway, I suka Van Houtten ngan Hershey's Black Bar.

ku E said...

hmmm... when i was there for more than 11 or 12 years or so, tak plak kita kenal lagi kan ;)

DNAS said...

Ku_e,
you were here? Kat mana?

Queens City said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...jahatnye management team kat company X niiiii.......

Anonymous said...

Weekends boleh ker?

DNAS said...

Quee:
Bukan jahat le... immature je.

Anonymous:
Weekend? Nak ajak I pegi joli ke? Aisehman, weekend I jadik fulltime housewife. Nak berpoya-poya, weekdays & weeknights only. hihihi

ku E said...

i was at arcadia in usj 11 ler~ staying alone some more ;)

UglyButAdorable said...

sabaq lerrr..life sucks sometimes kan..tell me about it.. nie ader sorang kepala biul perasan bagus kat opis nie pun dah menyesak kan pikiran..