Dudukku pegun merenung layar
Kurasa hangat di sekitar mata
dan sebak yang terbuku di dada
ratap terpendam mengandung hiba.
Sendu nan jelas kudengar di hadap sana
mereka mengalih duduk, cuba menyembunyi rupa
sambil hujung jemari lekat di bawah alis
cuba menyeka deraian mutiara.
Akupun melepaskan sebak yang membongkah
rasanya bagai menyengat di bawah rongga
sambil tangan kiri cuba menongkat dahi
cuba mengaburi mereka yang memerhati.
Akhirnya airmata gugur jua
mengalir laju membasahi pipiku
kubiarkan ia berjatuhan menyerap ke baju
sambil esak kecilku terdengar nyata.
Sungguh itu bukan kisahku
Ia karya yang diangkat dari sebuah naskah
Namun tersentap jua jiwa dan kalbu
Kuhanyutkan rasa menghargai seni nan indah.
6 comments:
wah...is this about the CINTA movie? From the sounds of it, must be a good karya. I have yet to watch it...watching it today InsyaAllah.
Have a good weekwend :)
aahh.. so i touched you as well... ;-)
*it
tersalah eja plak...
Whoa... i'm impressed!!!
sambil esak kecilku terdengar nyata <--- ok...ok....ni over ok.... hehehehehehe
well....me and alien pun tersentuh. ada la like 2-3 scene yg buatkan airmata mengalir...but takde la sampai teresak...hehehe
Nour,
sila... sila... pegi tengok. After tengok CINTA baru tengok Cicakman, ok?
Jade,
I touched you? Wah... typo yang sangat dangerous gitu.
Sheryl,
Iye, betul... movie tu quite impressive la...
Queen,
sedih le wey. Tak sengaja. Pastu, kena tegur ngan orang sebelah... hahahahah
Post a Comment