Adv

Sunday, June 15, 2008

Between Go-Blog and Goblok

First and foremost, the link to WarkahBuatPM is:

http://warkahuntukpm.com.my/

By right, you should be directed to the following website:



In case you're getting a site with pictures of chimpanzee superimposed on Pamela Anderson's body, that means the website has been hacked. I bet a few thousand hackers have been trying their luck ever since this website's URL shown on RTM.

If you have a lot of time and tired of writing endless complaints as well as constructive ideas on your blog, you can submit a posting on this website. Let's hope Pak Lah has already owned a PDA phone so that he could check and read each post carefully wherever he is. (No excuse to sleep during meetings anymore, okay. Got a lot of postings to read now!)

Perenggan seterusnya akan ditulis menggunakan Bahasa Melayu kerana saya ingin memperkasakan lagi penguasaan Bahasa Melayu saya sebagai persediaan untuk mengirimkan Warkah Buat PM ini. Walaubagaimanapun, apa yang saya ingin perkatakan ini tiada kaitan dengan PM mahupun menantunya yang terkenal itu.

Saya cuma ingin menulis berkenaan perkhidmatan menadah telinga yang kadang-kadang terpaksa saya sediakan kepada beberapa orang kawan, samada rapat ataupun tidak. Adakalanya saya memang dengan rela hati menadahkan telinga untuk mereka meluahkan rasa tidak puas hati ataupun masalah peribadi masing-masing. Tetapi, makin lama saya merasa semakin tidak berkemampuan untuk memuaskan hati mereka. Sungguhpun pada mulanya mereka akan meminta saya untuk sekadar mendengar masalah mereka, tetapi ada juga kalanya mereka mengharapkan saya mampu memberikan penyelesaian kepada masalah mereka.

Oleh kerana saya tidak pernah mengikuti sebarang kursus Psikology, maka ilham saya semakin tandus untuk menyajikan penyelesaian ataupun cadangan yang sepatutnya membuat mereka ini lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Malangnya, kadang-kadang cadangan saya membuatkan mereka ini berkecil hati dan menarik muka serta muncung yang panjang mengharapkan saya menyuarakan sesuatu yang lebih menyedapkan hati mereka. Dalam erti kata lain, mereka hanya ingin mendengar apa yang mereka harapkan. Jika cadangan itu tidak menyebelahi mereka, mereka akan menunjukkan rasa hampa yang selalunya akan membuatkan saya pula sakit jiwa.

Jadi, kepada mereka yang sering memerlukan perkhidmatan tadahan telinga ini saya ingin memberikan dua cadangan kepada mereka:

1. I have better things to do, why don't you just go and blog about it?

2. Mamat tu memang dah tak hingin kat kau, apahal lah kau ni goblok sangat?

Pheewwwwww..... I'm about to lose more friends, I know....!

8 comments:

all jazzed up said...

Oh god. Your post is so timely. Aku pun selalu menjadi Pusat Aduan, which I don't mind... But kalau dah banyak kali buat aduan, agak boring la jugak kan...especially when you kutuk2 the mamat and still go back to him. I think these people should remember what Oprah said, "He's just not that into you!!!" ataupun dalam Bahasa Malaysia, like you said, "Mamat tu memang dah tak hingin kat kau."

Maya said...

my fav line "semua yang berlaku adalah dugaan. tentu ada hikmah di sebalik setiap kejadian itew" dan jika kita redha ianya akan menjadi sesuatu yang terbaik untuk kita"..macam bagus bunyinya..but that's the truth. :)

Nik Farizah said...

hehhe..Bahasa Melayu awak semakin menunjukkan prestasi yang baik. Tingkatkan usaha agar menjadi lebih gemilang.....

hahahhahhaha

Zetty said...

geli2 gelak baca perkataan 'memperkasakan' kehkehkehkeh.

DNAS for PM!

Hajar said...

ehem. "psikologi".

hehehe...

Ms Lola said...

Go-D.N.A.S!

Anonymous said...

akaka. jade - who's the QA now laa.. :P

Mohd Nadzri Kamsin said...

Bila nak create 'Warkah untuk Dayang' ?