Adv

Tuesday, June 16, 2009

Best tak cuti sekolah???



Aktiviti lazim bebudak dua orang ni time cuti sekolah ialah melepak tengok TV kat rumah, main bola kat tengah jalan (depan rumah), pegi mandi kat swimming pool pastu tak ingat nak abiskan homework yang cikgu bagi.

Tapi kali ni cuti sekolah tak pegi jalan mana-mana pun, kecuali pergi kenduri kawin yang dekat-dekat aje. Diorang dua-dua orang memang bengang sebab cuti kali ni sungguh tak meriah, jadi Mak diorang yang malas nak jalan ni bagitau la sekarang ni musim H1N1, tak boleh pegi tempat awam selalu sangat. Nak pegi hotel tak boleh, pegi Sunway Lagoon lagilah tak boleh. Paling bahaya, pegi airport tak boleh. Jadi, jangan mimpilah nak pegi holiday naik kapal terbang, kan?

Maka kali ni, dua-dua orang budak ni kena datang ofis Mak diorang, untuk acara kem budak sekolah selama satu hari. Mula-mula diorang taknak datang, iyelah.... pegi ofis Mak, mesti bosan kan? Dahlah Mak diorang hari-hari asyik komplen bosan buat kerja kat ofis. Mesti diorang ingat aku nak dera diorang.

Setelah dipaksarela, maka diorang pun bangun pagi dan bersiap dengan pakaian sukan untuk pegi kem ni.
Nasib baik ada lagi sorang kawan Shawq1 pun datang jugak (iye, budak yang baju belang merah itu ialah kawan dia...! Satu kelas kat sekolah kebangsaan. Fesyen rambut pun sama je) Kalau tak, diorang dua-dua mesti tak syok.

Awal-awal lagi diorang ni komplen boring. Shawq1 pun dah tersengguk-sengguk kat dalam auditorium. Waz1f kenalah kontrol sikit kan..... takkan Pengawas nak merelakan diri tertidur masa taklimat kan...

Ini lah segerombolan anak-anak ofismet aku yang datang haritu. Ramai yang dah besar-besar panjang pun. Anak-anak aku je yang paling junior. Tapi okaylah sebab semuanya sporting. Yang hyper active pun ada jugak. Kawan-kawan aku yang dipaksarela jadi fasilitator ada yang rasa macam nak cubit-cubit bebudak tu, tapi mengenangkan anak-anak ofismet sendiri, maka bersabar sajalah.

Selepas dapat sijil penyertaan. Shawq1 tak faham kenapa dapat sijil ni. Dia tanya aku sijil tu macam voucher atau kupon ke? Bila fikir-fikir balik, kalau sijil tu disertakan dengan shopping voucher, okay jugak, kan? Hehehe.

Waz1f muka comot kena conteng dengan fasilitator. Entah apalah dosa nya akupun tak pasti lah. Yang pastinya, kumpulan diorang ni nama Transformers, tapi kena pakai head band warna Pink. Isy, tak macho langsung. Sampai petang kena kutuk ngan aku. Tension je diorang.

Pada hari Ahad aku bawah bebudak ni pegi Borders, dengar Tunku Halim punya book talk. Buku ensiklopedia TH ni aku dah beli masa mula-mula dijual kat Malaysia dulu. Tapi sebab aku beli kat Kinokuniya, maka aku tak bawaklah ke Borders untuk tandatangan, segan seeehhhhh!!!

Masa aku sampai, TH tengah buat kuiz (yang sebenarnya ditujukan untuk budak-budak) tapi aku dengan Mr. Hubby berkobar-kobar nak jawab jugak. Tapi soalan dia mencabar gila, Mr. Hubby jawab salah pulak tu. Nasib baik masa aku jawab betul. Memang nak nahas lah kalau tak tau fakta sejarah Malaysia yang senang-senang tu, kan....?

Tapi kalau korang baca ensiklopedia ni sebenarnya ada banyak lagi fakta yang selama ni kita tak pernah dengar pun. Akupun sangat kagum dengan research yang TH buat. Ensiklopedia dia ada banyak gambar-gambar yang kita tak pernah tengok dalam buku sejarah zaman-zaman pre-KBSR dulu. Tak caya, korang pegilah beli satu (tak pun, dua...).

Dalam pada aku dengan Mr. Hubby dok berkobar-kobar jawab kuiz tu, Waz1f dengan Shawq1 terus hilang pegi tengok DVD kat tingkat atas.

Tujuan asal datang sini nak mintak TH punya autograph, takpun posing-posing ambil gambar kenangan. Tapi, last-last pegi beli DVD. Entah apa-apa, aku terpedaya jugak dengan taktik budak dua orang ni. Kalau diorang aje yang beli DVD takpe, ini dengan aku sekali yang terjerumus sama.

No comments: