Adv

Thursday, June 11, 2009

Entry berlagak di petang Khamis yang berjerebu

Korang trylah speed test ni. Menarik jugak. Tapi kalau korang selalu buat kerja menaip guna Bahasa Inggeris, tersasul jugak bila buat test ni. Sememangnya, masa aku belajar dulupun lagi senang nak menaip perkataan Inggeris daripada perkataan Melayu sebab kita belajar Bahasa Melayu guna kaedah phonics dan masa belajar Inggeris banyak menghafal ejaan. Bila aku menaip satu perenggan cerita Bahasa Melayu memang banyak yang tersalah taip.

65 perkataan

Speed test

Ni kira aku punya world ranking.... dalam lingkungan top 1500. Konon nak bangga jugaklah.

Nak belajar menaip guna 10 jari tak susah sebenarnya. Kalau takde cikgu pun boleh buat dengan syarat kena ikut aliran pembelajaran yang sebetulnya. Tak boleh langkau-langkau sukatan pelajaran dia. Lebih kurang macam mengaji jugak. Kau kena belajar alif-ba-ta, pastu alif diatas 'aaa', alif dibawah 'iii', alif didepan 'uuu'.

Tapi budak-budak zaman Iqra' ni mungkin canggih sikit. Tengok apa-apa kalimah pun diorang dah tahu nak sebut macamana. Tapi kaedah macam Iqra' tu tak boleh diaplikasikan dalam belajar menaip 10 jari. Suka ke, tak suka ke, kena jugak ikut pelajaran dia satu persatu dalam turutan yang betul.

Zaman dulu-dulu, lebih kurang dalam lingkungan era 60an dan 70an, barangsiapa yang ada kebolehan menaip 10 jari ni, memang ada harapan cerah nak dapat kerja pejabat yang ada kipas angin (walaupun mungkin takde penghawa dingin). Salah satu aktiviti penting bagi lepasan SRP ataupun SPM (tahun 60an diorang panggil MCE lagi) ialah masuk kelas menaip. Untung-untung lepas tu boleh minta kerja jadi kerani. Lagi untung, masuk kelas terus jumpa calon suami.

Pelajaran pertama sekali dalam kelas menaip ni ialah meletakkan 8 jari anda ke atas mesin taip. 4 jari dari tangan kiri kena letak dekat huruf a s d f. Manakala 4 jari dari tangan kanan pula letak dekat huruf ; l k j. Sepanjang hari pertama (atau mungkin juga sampai hari ketiga) pelajar cuma akan mengetuk 8 kekunci tersebut. Ibu jari akan dilatih untuk hanya mengetuk penjarak (dekat computer keyboard kita panggil space bar).

Bagaimana pelajar akan menjadi fasih menaip? Berdasarkan kedudukan jari jemari di atas kekunci tersebut pelajar akan menggunakan gerak hati di dalam menghafal kedudukan setiap kekunci. Dalam ertikata lain, kekunci tertentu cuma akan diketuk dengan jari tertentu. Contohnya, jari telunjuk tangan kiri cuma akan mengetuk kekunci r t f g v. Di dalam pelajaran yang seterusnya, pelajar akan berlatih membina perkataan ringkas daripada kekunci yang telah dihafal.

Sebelum khatam pelajaran menaip, setiap pelajar mestilah mampu menaip ayat di bawah tanpa cacat cela dan dengan penuh keyakinan:

The quick brown fox, jumps over the lazy dog.

Ayat di atas memiliki kesemua huruf di dalam alphabet rumi. Tak percaya? Cuba try check....

Satu perkara yang agak aneh ketika saya belajar menaip ialah saya tidak di ajar untuk menghafal kekunci nombor. Alasan yang diberi sangat logik, kesilapan huruf di dalam dokumen boleh dimaafkan tetapi kesilapan nombor....... bisnes boleh bankrap wooooo!!!


7 comments:

ANEEZ ALI said...

hahahah...dah pernah cuba test ni...punya la teruk smpi malu nak letak ranking ke brp....
sekarang ni kite leh pakai 6 jari je kot...jari2 yg lain langsung tak leh fungsi...faktor tangan terlebih gebu bukan penyebab...hahahaha

Chucky Charlie said...

wow... i type 64 words a minute. I did not use all my finger. only 8 finger i think.

hanazita said...

30 kali aku check.. takde huruf H la..

D.N.A.S said...

Aneez,
zaman I belajar guna typewriter, bukan computer keyboard. So, jari gebu tak jadi masalah...

BoZaki,
iye? Isy... kagumnya... kagumnyaaaa...

Hana,
Huruf H ada kat word THE.

DEQ said...

dayang...
ilmu yg kau dah turunkan kat aku waktu kat fourth dulu mmg aku kenang sampai mati...hehehe
alhamdulillah, lepas kau train aku dulu, aku type dah tak payah tgk keyboard dah...in fact, mmg impossible to look at the keyboard bila jari jemariku yg halus mulus ini (hehehe) bebetul atas keyboard. anyway, bila nak type numbers, aku kena tgk la...sebab yg tu kau tak ajar aku. THANK YOU SO MUCH DAYANG...FOR THE LESSONS YOU TAUGHT ME IN 1992-1993

D.N.A.S said...

Deq,
aku serious punya tak ingat aku penah ajar orang menaip. Nasib baik kau ingat. Hehehehe.
Tapi, kau pelajar cemerlang. Belum abis ajar, kau dah boleh tangkap.
Lepas ni kau bolehlah ajar anak-anak kau pulak.

deq lagik said...

dayang dayang dayang (excited punyer intonation!!)
aku dah buat speed test tu...
yg bm punyer, aku dpt dlm 51 jer..maklumler bm words ni sungguh panjang (alasan).
yg english speed test lak, jgn marre eh, 68 wpm you hahahaha. ni mesti sebab dah selalu sgt dok type english passages for test/exam paper kat mmu dolu2...btw, mmg my daughter pun dok excited buat speed test lak ni haa