Adv

Tuesday, October 20, 2009

Corat coret makcik yang rasa macam menyampah nak masuk ofis balik minggu depan

Friday, 16th Oct, 1.20pm - Kisah work-out pants

Setelah hampir tergolek di gym haritu akibat memakai Yoga pants semasa di atas stretching station maka saya telah pegi ke kedai barangan sukan di sebuah bandar (yang takde panggung wayang, apatah lagi pub) di negeri Selangor untuk mencari work-out pants. Saya berkenan dengan 2 designs dari jenama Adidas, maka saya menanyakan kepada adik salesman itu apakah dia memiliki saiz L atau XL. Katanya cuma ada saiz L, dan dia pun membawakan 2 helai seluar bersaiz L dari design yang saya kehendaki itu.
Saya pun masuk ke dalam bilik persalinan untuk mencuba. Adik salesman itu ada 2 orang, dua-duanya lelaki dan kelihatan seperti baru lepas habis sekolah menengah.
Ketika saya baru menanggalkan seluar jeans yang saya pakai, salah seorang adik salesman itu telah bertanya, 'Kak, okay ke? Boleh ke?'
Saya pun menjawab, 'Sabar ye, saya belum try pun lagi.'

Seketika kemudian seorang lagi adik salesman datang menghampiri kawannya yang berada betul-betul di luar pintu bilik persalinan saya itu. Saya terdengar perbualan mereka (sebab memang diorang borak kuat gila pun).
'Kau rasa akak tu muat ke seluar tu? Aku tengok akak tu besar la...', tanya salesman yang baru datang tadi.
'Ha'ah, betullah aku tengok akak ni besarlah, aku rasa seluar tu dia tak boleh pakai la...' jawab adik salesman yang lagi yang tak sabar-sabar nak tahu okay ke tidak seluar tu kalau saya pakai.

Sambil mencuba dua-dua helai seluar itu saya pun pasang telinga lagi kalau-kalau ada lagi sambungan perbualan mereka. Mulanya rasa nak marah, tapi rasa macam kelakar la pulak. Naive sungguhlah budak berdua tu. Almaklumlah, baru abis sekolah. Kok iye pun nak menyuarakan pendapat masing-masing, janganlah sampai pelanggan dengar.

Kepada adik salesman dua orang itu, kalau dah tahu nak jual pakaian sukan, tolonglah buat research dulu. Seluar sukan, terutamanya work-out pants mestilah 'fit', bukannya dipakai 'loose'. Kalau saya beli pyjama mungkin saya beli seluar yang 'loose'.

Kebiasaannya, orang akan membeli work out pants 1 saiz lebih kecil daripada saiz seluar yang di pakai ke pejabat. Kalau biasanya saya pakai saiz XL, maka saya perlu membeli seluar sukan saiz L sebab work-out pants biasanya diperbuat dari bahan lycra yang sangat flexible dan mudah meregang. Memakai seluar lycra yang 'loose' adalah sangat tidak selesa apabila kita berpeluh. Fabrik tersebut perlu melekat dengan kulit untuk membolehkan peluh terus disejatkan di udara dan bukannya membasahi badan kita.

Ada faham?

Friday, 16th Oct, 3.20pm - Kisah peminta sedekah

Saya memandu di sepanjang Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur dan mengambil persimpangan Motorola untuk keluar ke LDP menghala ke Puchong. Di lampu isyarat persimpangan tersebut, saya menunggu agak lama kerana barisan kereta yang berderet di situ boleh tahan juga panjangnya. Dari jauh saya lihat seorang perempuan pertengahan umur, memakai pakaian Punjabi lengkap dengan selendang dan dia juga mengenakan pendakap leher, mungkin baru lepas keluar hospital akibat accident. Yang anehnya perempuan itu mengetuk tingkap setiap kereta yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Dia menunjukkan sekeping foto kepada pemandu kereta dan saya lihat ramai pemandu yang menghulurkan wang seringgit kepadanya. Saya pun berasa curiga, apakah ini taktik terbaru peminta sedekah di Lembah Klang sekarang?

Apabila perempuan itu makin menghampiri kereta saya, otak sayapun ligat berfikir apa yang patut dilakukan. Saya tidak memiliki wang seringgit, lagipun saya guna Touch N Go, tak simpan duit seringgit pun tak mengapa. Belum sempat saya membuat keputusan, perempuan itu telah sampai ke kereta saya dan mengetuk cermin tingkap. Dia menunjukkan sekeping gambar yang kelihatan seperti gambar keluarga yang telah di
'Photoshop'kan. Ada imej seorang lelaki tua, seorang perempuan tua (kelihatan seperti dirinya) dan seorang kanak-kanak lelaki yang cacat anggota. Namun gambar ketiga-tiga manusia itu tidak kelihatan natural, seolah-olah telah di potong dari gambar lain dan ditampalkan disitu. Mahu tidak mahu saya pun menarik satu sampul duit raya dari salah satu compartment di dalam kereta dan menghulurkan kepada perempuan itu.

Setelah lampu isyarat bertukar hijau dan saya menghampiri tol Sunway baru saya terfikir, 'Sampul duit raya tu kosong ke atau ada isinya?' Hehehe, nasiblah kau perempuan.

Monday, 19th Oct, 5.20pm - Kisah suratkhabar punya headlines

Ketika berada di gym saya telah 'ter'baca akhbar Utusan Malaysia. Salah satu berita hangat yang kelihatan di muka depan akhbar tersebut ialah tentang satu kemalangan jalanraya yang telah mengorbankan 3 orang dewasa. Setelah membaca dengan lebih lanjut, 3 mangsa tersebut meninggal setelah kereta yang dinaiki melanggar dinding dan terbakar. Hanya seorang lelaki terselamat di dalam kemalangan itu walaupun tubuhnya juga terbakar 18%. Beliau menceritakan bahawa kemalangan itu berlaku setelah pemandu cuba mengelakkan seekor kucing di tengah jalan. Akibatnya, 3 nyawa telah melayang.

Ketika itu saya teringatkan kisah saya sendiri yang telah melanggar 2 ekor anjing ketika menghantar Wazif dan Shawqi ke sekolah agama. Kalau diingatkan saya rasa saya mungkin sempat mengelak anjing-anjing itu ataupun menekan emergency brake. Tetapi oleh kerana ketika itu saya sarat mengandung 9 bulan, saya rasa adalah lebih baik jika saya tidak menekan brake kerana ia lebih membahayakan. Maka saya telah melanggar saja dua-dua ekor anjing tersebut dan langsung tidak menoleh ke belakang jadi saya tidak tahu sama ada kedua-duanya cedera atau mati.

Kumpulan pejuang hak-hak binatang (animal rights group) mungkin akan mengutuk perbuatan saya tapi saya ialah ahli kumpulan pejuang hak-hak manusia. Mana yang lebih patut terkorban, binatang atau manusia?

Monday, 19th Oct, 5.25pm - Lagi kisah suratkhabar punya headlines

Di muka depan akhbar yang sama ada satu berita yang kecil tapi memiliki mesej yang sangat besar. Tun Dr Mahathir menyuarakan kebimbangannya tentang jumlah orang Malaysia yang obes yang semakin meningkat sekarang. Bukan TDM saja yang bimbang, kita semua patut merasa lebih bimbang. Dalam usia TDM yang kini menghampiri angka 90, beliau sendiri masih kelihatan sihat dan bertenaga walaupun pernah sekali dua dimasukkan ke IJN kerana masalah jantung tapi itu adatlah kan... dah berusia.

Oleh kerana saya sendiri pun sebahagian daripada statistik tersebut maka saya berasa 2 kali bimbang dengan keadaan ini. Oleh sebab itu, saya berusaha melakukan sesuatu untuk mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan tahap kesihatan. Ada sesetengah orang yang sedar diri mereka obes tetapi masih tidak mahu mempedulikan bahaya yang menanti. Masing-masing berkata, 'Apa yang aku suka, aku makan. Selagi ada selera baik makan.'

Ramai juga mereka yang obes ini yang mempersendakan saya yang selalu ke gym tetapi tidak berjaya menguruskan badan. Saya cuma berjaya menurunkan satu dress size. Mungkin pada tanggapan mereka, kalau saya masuk gym beberapa bulan, badan terus kurus macam Nasha Aziz. Persepsi orang Malaysia sebegini yang patut diperbetulkan. Kalau mereka menonton The Biggest Loser pun, ia mengambil masa selama 8 bulan untuk para peserta menurunkan berat sehingga berpuluh-puluh paun. Mereka ini ditempatkan di kem yang dikawal ketat dari segi pemakanan dan peserta wajib membakar beribu-ribu kiloCalorie dalam sehari. Itu hanyalah satu Reality Show, tetapi realiti kehidupan kita sendiri, siapa yang ada masa untuk work-out selama 6-7 jam sehari? Kerja di ofis siapa yang nak buat?

Kesimpulannya, orang Malaysia patut lebih perihatin dengan tahap kesihatan masing-masing dan mula bersenam untuk mengeluarkan peluh. Makanlah mengikut sunah Rasulullah. Kurangkan tidur dan lebihkan membaca. Jangan tunggu Allah hantar peringatan kepada kita kerana mungkin pada ketika itu semuanya sudah agak terlambat.

Another useless fact: Sepanjang saya pergi ke gym sejak bulan June 2005 hingga sekarang, jumlah orang Melayu yang bersenam di gym adalah sangat sedikit. Setiap kali, bilangannya boleh dikira dengan jari. Kalau kita boleh keluar duit beratus-ratus ringgit untuk beli kasut dan handbag, apalah salahnya berbelanja sedikit untuk membeli pakaian sukan dan pergi bersenam.

1 comment:

Anonymous said...

fooh.. nasib baik x jadi ..