Adv

Thursday, August 26, 2010

I miss Sushi (and kopi)...

Cabaran paling dahsyat di sepanjang bulan puasa ialah tak dapat makan sushi dengan geng gossip. Biasanya gossip sikit-sikit, tapi makan sushi yang banyak. Sambil borak-borak.. ngap... ngap ... ngap... Sedar-sedar piring sushi dah tinggi macam Mount Kilimanjaro atas meja. Pastu kecoh kira piring warna apa paling banyak, sambil cuba ingat berapa hinggit duit ada dalam wallet. 

Jadi entry saya kali ini ialah tentang sushi (mainly because Liverpool lost to City sampai 3-0 maka aku buat food blogging je minggu ni). Makhluk yang bertanggungjawab memperkenalkan aku kepada sushi tak lain dan tak bukan ialah Neneh Cherry sebab dia ada album bertajuk Raw Like Sushi (1992). Masa tu banyaklah aku baca kat gossip magazine pasal Neneh dan kegilaannya terhadap sushi. Tahun 1992 makanan paling canggih yang aku selalu makan cuma setakat padprik campur dengan satay Haji Samuri je. Maka bila aku ternampak gambar-gambar sushi kat majalah, memang la rasa teringin sangat nak try. Tapi, zaman tu mana ada banyak sushi bar lagi kat Kolumpo, apatah lagi kat daerah Seri Kembangan. Maka hajat tu terpaksa dipendamkan.

Neneh Cherry penggemar sushi
 Bila aku start kerja sekitar 1998, ada sorang dua kawan ofis ni yang hantu sushi. Maka aku selalulah ikut diorang ni keluar lunch kat One Utama. Kat situ ada Jusco supermarket yang ada jual macam-macam rupa sushi. Maka selalu jugaklah kitorang tapau bawak balik makan kat office. Tapi, experience tu kira intro to sushi taste ajelah. Experience paling best dan paling bagus punya feel ialah bila makan sushi mengadap sushi belt (macam gambar kat bawah ni). Rasa sushi tu mungkin biasa-biasa je, tapi bila tengok sushi yang kiut miut tu bergerak kat conveyor kat depan mata, sungguh mengecurkan air liur.

Sushi belt ala rail keretapi.
 Setelah bergiat aktif dalam kegiatan memakan sushi ni, saya dapati masalah gastrik saya kian berkurangan (cheh tadi bahasakan diri aku, sampai kat sini jadi 'saya' pulak.... isy, layan ajelah...) Kemungkinan besar ialah kerana bila kita makan sushi, kita secara tidak langsung memakan lebih banyak sayur-sayuran yang dibalut dalam nasi Jepun itu dan juga ikan atau udang/sotong yang disajikan sekali memang kurang berminyak. Jadi sedikit sebanyak ini telah membantu menyembuhkan penyakit perut second hand saya ini.

Sushi yang muat semulut je. Kalau nak dua mulut, belasah le dua bijik.
 Zaman dah canggih, sushi pun dah canggih. Ni lah contoh-contohnya:
Sushi panda tapi bukan kung-fu panda..

Sushi Obama. Kesian Obama kena kerat.

Sushi Hello Kitty. Jangan tampal kat bilik ye, nanti bersemut.

Ini ialah sushi USB. Diguna untuk menyimpan data dan berkongsi cracked software.
Sekali sekala bila dah rasa macam sushi overdose, bagus juga kalau order tempura. Jeng jeng jeng. Nama dia macam Jeneral Jepun, tapi crunchy di luar, lembut di dalam. Biasanya banyak minyak sebab penyediaannya ialah seperti goreng pisang juga. Tempura kegemaran saya ialah mixed tempura macam kat bawah ni yang ada keledek, kacang, cendawan, udang dan sotong. Yum yum yum....

Tempura hait!!!
Kebiasaannya acara penutup selepas sesi gossip over sushi adalah kami akan berduyun-duyun pergi ke kedai kopi berhampiran untuk mendapatkan segelas tinggi (tall - bak kata orang America) iced coffee. Kopi paling ngetop dalam list kami ialah Iced latte, Iced caramel macchiato dan Mocha frappe. Bila dah beli kopi, selalunya beli jugak muffin atau donut sebijik dua. Konon nak buat alas perut masa tea break pukul tiga petang.

Tapiiii..... biasanya, dalam perjalanan dari kedai kopi (tak kiralah Setabak ke, Kopi Bing ke, Gloria Jings ke ataupun Kopiesatu punya van ke) ke tempat parking kereta, kopi dengan muffin/donut tu memang dah selamat dah. Sampai ofis bawah plastik/paper bag berisi tissue dengan straw extra je selalunya. Hehe....

Macam tu lah life makcik-makcik penggemar sushi dan kopi. Bila bulan puasa je sushi/coffe deprived. Lepas tu meroyan tak tentu.

Note: Pics were Googled. Please notify me if the image should be removed due to Copyright.

2 comments:

Merrinette said...

i miss sushi too! <333

D.N.A.S said...

Hello Merrinette,
thanks for dropping by.