Adv

Sunday, June 30, 2013

28 Jun 2013

(Sometimes I wonder, ada lagi ke orang yang baca blog? Tapi bila tengok kat statistik, ada la dalam beberapa orang yang singgah dalam sehari. OK la tu kan. Masih ada yang sudi menziarah blog. Kalau dulu - sekitar 2005-2007 dulu, hari-hari bloghop. Sekarang, macam tak cukup masa nak baca entries yang panjang-panjang. Ye lah, siang malam asyik nak fokus dekat Candy Crush je. Mana sempat nak membaca lama-lama, kan?)

OK, berbalik kepada tajuk entri ni. Tarikh 28 Jun, 17 tahun dahulu, ayahanda saya telah pergi menemui Ilahi dan meninggalkan kami selama-lamanya. Almarhum meninggalkan kami sebelum subuh, di hari Jumaat yang barakah.

Waktu itu Almarhum kelihatan seperti mendapat serangan jantung (11 bulan sebelumnya, Almarhum dimasukkan ke ICU kerana serangan jantung yang serius). Kami memberikan ubat yang dibekalkan oleh doktor tapi tiada memberikan sebarang kesan. Dalam keadaan sakit, Almarhum baring sendiri di atas tilam dalam posisi mengadap kiblat dan menghembuskan nafas terakhir beberapa minit kemudian. Kami adik beradik yang berada di sisi, semua blur seketika sebaik sahaja Almarhum berhenti bernafas. Abang saya tak henti mengajarkan syahadah di telinga Almarhum sehinggalah emak saya berkata, 'Mak rasa Apak awak ni dah tak ada.'

Kemudian, seperti robot yang sudah diprogram, kami semua bangun dan melakukan persiapan yang sewajarnya. Masing-masing tak sempat hendak beremosi (OK, akak ipar saya adalah nangis-nangis sikit. Tapi adik beradik saya semua lelaki, so semua buat muka macho je.)

Jenazah selamat disemadikan sebelum solat Jumaat.

Walaupun sudah 17 tahun berlalu, ramai yang masih mengingati jasa dan nasihat-nasihat yang pernah diberikan oleh Almarhum. Bila jumpa kawan-kawan lamanya atau sesiapa saja yang pernah berurusan dengannya, pasti ada pengalaman menarik yang mereka kongsi dengan saya. Cina-cina di kampung pun masih address kami adik beradik - Sulaiman. "Lumah mana lu? Sana aaa? Ooooo Sulaiman aaa?" Macam tu lah dialognya lebih kurang tiap kali kami beritahu kedudukan rumah kami.

Semua yang hidup pasti kan mati. Sudah lumrah alam macam tu. Tapi ingatan dan kenangan dengan Almarhum in sya Allah akan kekal selagi hayat dikandung badan (atau tak nyanyuk).

Kami semua panggil almarhum, Apak. Daripada anak, cucu, anak sedara, memang panggil Apak. Asal usul panggilan Apak ni, saya sendiri pun dah lupa. Emak saya, kami panggil Mummy. Ceritanya, pada tahun 1950-an dulu, mereka tinggal berjiran dengan keluarga Benggali. Anak Benggali tu panggil mak dia mummy. Jadi, entah macam mana, arwah abang saya yang sulung pun panggil emak kami mummy. Teruslah melekat sampai sekarang.

Masa sekolah dulu, memang kerap juga kena ejek dengan kawan-kawan sebab panggil parents apak dan mummy. Orang lain panggil 'mak,ayah' atau 'mama,papa'. Paling canggih pun 'ibu, baba'. Bila kawan-kawan tahu saya panggil parents 'mummy,apak' ada yang kata saya berlagak. Oh, sampai hati diorang. Tapi, tak kisahlah, anggap sajalah diorang belum cukup matang masa tu.

Kembali ke cerita arwah Apak. Semua maklum tentang ketegasan arwah Apak. Arwah memang bukan jenis yang pilih bulu. Sedangkan saya ni, anak bongsu dan anak perempuan sorang pun selalu kena marah (dan pernah kena pelempang juga), apa lagi anak-anak lelakinya. Salah sorang abang saya pernah kena jirus bawah paip sebab keluar joli malam-malam. Saya juga pernah tengok arwah Apak balun abang saya dengan rotan besar sebab dia berangan nak ponteng sekolah.

Kebanyakan kawan-kawan saya masa sekolah rendah memang takut nak datang rumah kami sebab parents saya tegas dan garang. Dua-dua pun 'no nonsense' type. Tapi bila kawan-kawan saya tu dah dewasa, diorang cerita betapa diorang respect dekat arwah Apak.

Antara kisah yang agak kerap saya dengar ialah tentang arwah memberi nasihat tentang hidup berdikari, jangan terlalu nak mengharap makan gaji dan jangan berhutang berlebih-lebihan. In fact salah satu nasihat yang dia beri pada saya masa saya baru masuk universiti dulu ialah, janganlah beli rumah kat bandar. Nanti duit gaji habis nak bayar hutang bank je. Memang bagus nasihat tu, tapi anak arwah Apak ni tetap beli rumah kat bandar. Dan memang dah merasa sakit peritnya nak menghabiskan hutang bank. Rumah tak sampai RM250K, tapi hutang bank lebih setengah juta.

Nasihat yang paling power yang arwah Apak pernah beri ialah masa saya dalam tahun dua degree. Masa tu arwah Apak tanya nanti saya nak buat minor apa, hardware ke software? Ya, walaupun arwah Apak tak pernah masuk universiti atau belajar sains komputer, dia banyak membaca. Arwah tahu (sekurang-kurangnya) untuk membezakan hardware, software dan jaringan. Jadi masa tu saya kata saya nak ambik minor (dan final year project) yang related to hardware.

Sangat mengejutkan bila arwah Apak nasihatkan, janganlah buat hardware. Teknologi computer hardware tak akan sepantas teknologi software. Bila sesuatu bidang tu lambat berkembang, competition very stiff sebab ramai experts dalam bidang tu nanti. Arwah Apak cadangkan saya fokus kepada bidang computer software sebab dia kata kemajuan dan perkembangan bidang ni sangat pantas. Cepat berubah-ubah. Hanya orang yang betul-betul boleh compete je yang akan survive dan akan banyak syarikat yang demand.

Ternyata sangkaan arwah Apak tu betul. Selama 15 tahun saya dalam industri IT, bidang hardware asyik dimonopoli oleh muka-muka yang sama. Teknologinya juga tidak sepantas software. Ruangan kerja kosong juga jarang menempatkan iklan tentang hardware engineer atau technician. Bila teknologi tu lambat maju, ruangnya juga jadi menyempit.

Berlainan pula dengan software; demand terhadap programmer, system analyst, security engineer semakin hari semakin tinggi. Tapi, tekanan kerjanya pun, boleh tahan juga.

Oklah, enough about IT. Kembali ke cerita arwah Apak.

Arwah Apak tak berapa suka Tun Dr Mahathir, tak tahulah kenapa. Pernah sekali arwah Apak cakap, "Kolumpo tu dah terlebih jam. Kalau Apak jadi Mahathir, dah lama Apak pindahkan pejabat-pejabat kerajaan tu jauh dari Kolumpo. Pindah ke sempadan Negeri Sembilan pun tak apa." Beberapa tahun kemudian, projek Putrajaya pun bermula. Masa tu aku terfikir, "Oh! Mahathir dan arwah Apak pernah ada idea yang sama."

Arwah Apak memang jenis yang sentiasa membaca dan berfikir. Lepas serangan jantung yang pertama tu, pandangan arwah Apak merosot. Tulisan dekat surat khabar susah nak dibaca. Jadi, arwah Apak banyak spend time borak-borak dengan anak cucu. Kalau takpun, lepak kat tangga rumah, tengok burung-burung ostrich kesayangnnya.

Satu lagi pesanan arwah Apak yang saya tak boleh lupa (dah arwah minta saya panjangkan) ialah, kalau kita nak rezeki kita berkat, rajin-rajinlah bersedekah. Kalau makan lima orang satu meja tu, ikhlaskanlah hati untuk belanja satu meja. Sebab itulah saya agak fobia bila nampak ada orang keluarkan kalkulator lepas makan ramai-ramai ngan kengkawan. 

Sedekah ni bukan terhad kepada wang ringgit. Bantu orang dengan ikhlas juga macam sedekah. Kalau tak mampu juga nak buat kedua-duanya, rajin-rajinlah senyum bila bertemu orang. Senyum tu pun sedekah. Kalau orang nak marah-marah dengan kita, tapi kita awal-awal dah senyum dengan dia, in sya Allah kurang sikit marahnya.

Eh, banyak lagi lah sebenarnya pesan-pesan arwah Apak. Boleh buat novella kalau nak tulis semuanya. Walaupun arwah Apak dah pergi 17 tahun, rasa macam baru semalam je tengok arwah Apak balik dari kebun naik motor, bawak botol air dalam raga dan selamba je tak pakai helmet.

Marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Apak saya: Hj Sulaiman b Hassan.