Adv

Monday, May 05, 2014

I pun dah masuk marathon leeee....

Sejak tahun 2008 dah berangan nak masuk marathon kononnya. Kalau tak silap, masa tu siap invest beli running shoes Nike yang mahal semata-mata nak training for marathon. Tapi, as usual, hangat-hangat taik ayam je... Mulanya memang rajinlah lari kat gym. Pastu, tetiba, awal tahun 2009 pregnant la pulak. Maka, berkuburlah hasrat nak train for marathon. Usahkan nak masuk yang 20KM, yang 5KM pun tak sempat join. Nak kata kecewa, takde lah kecewa sangat sebab sejak sekolah rendah pun, aku bukannya suka berlari. Lebih rela main tengteng kat koridor sekolah daripada kena pusing padang hoki 5 kali. 

L-R: Me, Kak Liza, Kak Rosni and Linda
Tapi, tahun ni aku berjaya juga akhirnya join and completed a marathon, cuma bukan marathon lari-lari lah. Aku join dance marathon. Hehe. Joget-joget straight 3 jam. Lepas 3 jam tu memang rasa macam nak tercabut pinggang. Tapi, syoklah. 

Walaupun tahun ni tak buat apa-apa azam (sebab malas nak fikir), at least ada jugaklah benda yang aku berjaya buat dan boleh dikenang pada hari-hari mendatang. Chewah!

Kegilaan berjoget ni muncul sejak Chinese New Year haritu, kot. Masa tu aku mula pergi zumba kat Empire. Selalunya, work out kat IOI Mall je dan join kelas sempoi-sempoi kat situ. Body Vive la, Body Pump la. Itupun seminggu sekali je kot. 

Tahun lepas memang susah nak pergi gym sebab Zarif taknak duduk kat taska. Mentang-mentang mak dia hari-hari ada kat rumah, dia pun nak lepak kat rumah, layan kartun. 

Oleh kerana tahun ni dia dah start sekolah kat Smart Reader, maka dapatlah mak dia pergi gym waktu pagi. Tapi, still limited to classes yang start after 9.30 dan abih around 11 ajelah. Tengah hari akak dah nak kena balik masak dan jemput bebudak ni balik sekolah, dek non! Tak boleh nak melepak kat gym lebih-lebih.

Geng-geng achik zumba kat Empire ni semua sporting dan full of life. Akupun terikut-ikut samalah. Ramai juga yang dah above 50 tapi semangat masih macam anak muda, gitu. (Anak-anak muda yang tak ada arah tujuan hidup tu patut contohi acik-acik ni ha.)

Maka, nak dijadikan cerita, sejak join zumba ni aku pun rajin juga timbang berat (ha.. gelaklah... gelak...!) Sebelum ni aku timbang seminggu sekali dan resultnya memanglah selalu mengecewakan. Hahaha. Tapi, sejak aku mula zumba (dan guna dacing digital), nampaknya berat aku turun between 300-500g seminggu. Rasa macam magic lah pulak, kan? Rasa-rasanya aku takde diet ataupun makan pil buang lemak. 

Kalau ikut catatan aku kat dalam henfon ni, sejak CNY aritu aku dah berjaya turunkan lebih kurang 6kg. Bila aku cerita kat geng acik-acik zumba, diorang kata, 'Walaweyh! That's a lot. More than 10 pounds oredi!' Ya, diorang tak guna sistem metrik, dik. Obvious sangat generasi mana ni, kan? Hehe.

Bermula dari situ, acik-acik ni pun dok story kat kengkawan diorang pulak aku hilang more than 10 pounds sejak join zumba. Maka, bila aku gi gym, ada ajelah orang tanya aku nak verify the news. Letih jugaklah aku nak menjawab. Diorang tanya aku amalkan diet apa. Heh. Bila masa pulak aku diet. Hari-hari masak nasik, hari-hari makan nasiklah jawabnya. Kalau tak masak kari, masak gulai lemak, kalau tak pun, asam pedas. Memang confirmlah tak dapat nak diet. 

Lepas tu, akupun rajin-rajinlah research kat internet. Memang ramai rupanya orang yang dapat lose weight dengan mengamalkan zumba. At least 3 kali seminggu. So, akupun follow ajelah nasihat diorang ni. Kalau tak dapat join zumba, aku join dancing class yang lain macam Sh'bam ataupun Body Jam. Janji joget. Kelas lain aku malas sebab nampak macam tak fun je. Hehe.

Okey, melencong sikit. Kelas Body Jam tu dulu kegilaan aku jugak kira-kira 8 tahun yang lampau. Masa tu aku sanggup dari Subang Jaya, drive pergi The Curve meredah jam petang-petang untuk join Body Jam. Zaman tu aku belum sakit lutut lagi. Bila aku join semula Body Jam baru-baru ni, terasa jugalah lutut macam tak berapa boleh support. Terpaksa buat dia punya 'options' lah. Especially steps yang ada stomping ataupun lunges (Body Attack memang confirm aku takkan buat sebab banyak sangat lunges.)

Bila hampir semua dance class aku dah join semula sekarang, maka dengan confidentnya aku join lah 3 hour dance class weekend aritu. Sungguh mengejutkan sebab aku boleh tahan sampai 3 jam. Ingatkan nak pengsan after 90 minutes, tapi makin lama rasa macam makin steady je. Ni yang orang panggil fueled by adrenaline tu kot. 

Selepas berjoget sakan semalam, maka hari ni aku sakit badan dan dok lepak kat rumah je. That's why lah sempat update blog ni. Kalau tak, entah aku dah pergi berjoget kat mana dah time-time macam ni. 



6 comments:

mikamusz said...

joget pulak kak.. layan.. memang idaman tu... x taulah nak pegi waktu bilanya.. hari - hari ngadap keje dah tahap buhsan jugak.. jual botol susu lagik best. hehehe

D.N.A.S said...

Jom Musz! Marilah kita berjoget!

D.N.A.S said...
This comment has been removed by the author.
chics said...

Kita sejam pun nak pitam ok! power..powerrrr

atiqahdahalan said...

I remember masa Kak Dayang semangat lari dulu.. actually reading your post kinda inspired me, I even get my own Nike+ haha...!

atiqahdahalan said...

I remember masa Kak Dayang semangat lari dulu.. actually reading your post kinda inspired me, I even get my own Nike+ haha...!