Adv

Tuesday, November 18, 2014

Soccer mom yang berkobar-kobar pergi Zumba training

Assalamualaikum korang! How do you do? Apa kabor? 
Dah berbulan kan aku tak update blog ni. Memang dah dasar pemalas, nak buat macam mana. Lagipun, ada 8 Whatsapp group yang active nak mampus yang aku kena go through hari-hari. Kalau tak, kang aku ketinggalan gossip penting pulak. 
Maka pada 8 dan 9 November aritu aku telah menghadirkan diri ke Zumba Basic 1 training kat Zwings Fitness di Bandar Puteri, Puchong. Okay, training ni ialah the very first fitness training yang aku attend, maka aku telah jakun gila. Selama ni aku dok attend technical and leadership training aje, kan? Kalau aku tahu fitness training lagi fun, dah lama aku attend. 
So, kisahnya aku memang attend training ni for fun aje pun. Kau ingat aku larat ke nak jadi Zumba instructor? Nak follow instructor dalam kelas pun semput, inikan pulak aku yang nak mengajar orang. So, pada asalnya memang aku tak berniatlah nak serius jadi tenaga pengajar. Kalau mengajar pun setakat suka-suka untuk family and friends, gitu. 


Bila dah register tu, akupun berkenal-kenalanlah dengan peserta dari serata pelusuk negeri ni ha. Memang happening, I tell you. Semua sporting, fun dan asyik gelak tak ingat dunia. Kebanyakannya aku rasa muda-muda. Tapi yang dah berusia pun ramai juga. Paling respect, diorang ni semua very energetic. Akupun tumpang jugalah energy diorang dan melompat macam tak ingat hari esok dah. 


Ini dua orang awek yang sangat meriah yang aku sempat kenal masa training. Yang tengah-tengah tu dah biasa ajar Zumba kat Kerteh. Dia datang untuk dapatkan lesen. Yang kiri sekali tu sama macam akulah, pergi training sebab nak have fun. 


Inipun geng yang sangat friendly dan meriah. That guy yang hitam manis tu aku selalu dance sebelah dia kat gym. Tak sangka pulak dia join sekali training ni. Kalau kat gym tu segala dance class dia masuk. Pendek kata, memang berbakatlah. Jauh berbeza dengan aku ni ha. Hehehehe.


Ini trainer kitorang. Orang Columbia yang dah lama jugak duduk di Malaysia. David namanya. Kitorang suka betulkan English dia. Hehe. Grammar Nazi ada di mana-mana, kan? Aku kena drill teruk gak dengan dia ni. Mungkin dia dah target kot, makcik-makcik yang muka macam tak serious ni (contohnya, aku) kena ajar betul-betul supaya kami cepat sedar langit tu tinggi ke rendah. 
Anyway, dia mengajar memang awesome-lah. Kalau lecturer aku kat uni dulu mengajar bersemangat macam David ni, kan bagus. Barulah nampak passionate. Itulah, kekadang aku terfikir jugak lecturers kat uni tu passionate ke tidak dalam bidang yang diorang ngajar tu? Ataupun apa yang diorang buat tu paksa rela semuanya? Okay, dah melalut dah pulak. Back to Zumba Basic 1 training......


Maka, setelah tamat 2 hari kena drill dengan David, akupun dapat dah lesen untuk mengajar Zumba. Kengkawan pun dah pakat panggil aku ZIN Noor Aziza. Chewah! Kalau korang tak tau, ZIN tu maksudnya Zumba Instructor le. Kalau David tu pulak, gelaran dia ZES - Zumba Education Specialist. Ha.... ambik kau! Dulu yang aku tahu IT Solution Specialist je. Sekarang ni kena biasakan diri dengan Fitness Specialist pulak. 

Tapi kan, kalau korang nak tau, getting involved dengan dunia fitness ni memang seronok. Sebab apa, tau? Sebab orang yang kita jumpa kat gym atau kat dalam group exercise classes tu, semuanya datang dengan rela hati dan penuh bersemangat. Jadi, diorang semua very happening dan ceria sokmo. Secara tak langsung, kita pun gembira tengok diorang. Maka tekanan perasaan dalam hidup kita pun bolehlah berkurangan sikit. Alhamdulillah.

Dengan itu, kalau korang rasa-rasa nak try Zumba dan ada studio berdekatan yang boleh disewa, bolehlah korang roger-roger aku, ya? Aku sudi menjadi instructor (walaupun aku tak boleh lompat tinggi-tinggi).  Lagipun aku punya charges adalah berpatutan. 

Official website aku kat Zumba ialah noorazizasulaiman8.zumba.com. Segala announcement berkaitan aktiviti kelas zumba akan ku update di sana, ya? 

Have a nice day, uols!

4 comments:

mikamusz said...

hollaa kak dayang.. hollaa..
cayalah... feewwiiittt

adzia said...

Hai dik.. boleh tye.. berapa cost utk dpt lesen zumba tu ye.

adzia said...

Hai dik.. boleh tye.. berapa cost utk dpt lesen zumba tu ye.

D.N.A.S said...

Hai Adzia,
boleh pergi training Zumba Basic 1 (USD355) untuk dapatkan lesen mengajar zumba. Boleh check dekat website zumba.com untuk dapatkan jadual terbaharu dan reserve your seat.