Assalamualaikum dunia!
Hehehe, punyalah lama dah pergi vacation ni tapi baru ni nak up blogpost. Gila punya penyakit pemalas nak menulis ni. Tiap kali nak mula menulis tu rasa macam nak kena mencangkul bukit batu, punyalah berat tangan nak mula memetik keyboard ni ha.
Kalau nak ikutkan, cerita dah lama basi. Tapi kalau tak letak dalam blog, nanti dah tua-tua tak ingat pulak dah pernah pergi bercuti kat Sydney dan Melbourne, ye tak?
Oleh kerana kisah dah lebih sebulan berlalu, sebenarnya akupun dah tak ingat perasaan aku masa pergi vacation ni. Yang aku paling ingat, makan pizza dan kebab dekat Liverpool St kat Sydney tu sedap gila. Tekak musim sejuk ni memang lain macam sikit. Kalau dalam cuaca panas, aku memang dah mudah muak bila Nampak pizza. Tapi, bila cuaca sejuk below 10 degrees, macam-macam benda la pulak aku mengidam.
Dekat Sydney kitorang pergi tempat-tempat yang touristy yang penuh dengan orang Malaysia. Hahahaha! Termasuklah Opera House dan Blue Mountain. Sempat jugak tengok Olympic Stadium dan naik water taxi.
Yang penting, memang banyak jalan kakilah kat Sydney. Syok juga sebab budak-budak tiga orang ni kalau kat KL memang dah spoiled abih. Pergi balik sekolah hari-hari berjemput hantar. Pergi sana, kenalah jalan kaki beberapa km setiap hari.
Kitorang lepak kat Sydney 3 hari je sebab rasa macam tak banyak pun benda yang nak diexplore. Hotel yang aku ambik tu Ibis Hotel namanya. Lokasi memang strategic abis. Betul-betul kat depan World Square. Kat situ memang banyak kedai dan yang penting ada supermarket Coles yang bukak sampai midnight. Walaupun hotel tu takde dapur atau microwave, senanglah jugak nak beli canned food, buah atau keropok.
Breakfast dekat Hyde Park |
Sepanjang kat Sydney memang langsung tak shopping sebab simpan duit untuk makan. Yelah kan sini takde dapur nak masak, hari-hari kena makan kat luar. Harga makanan pun lebih kurang kat Europe gak, mahal nak mampus. Maka, duit beriban-riban habih beli makanan je.
Tingkap bilik kat Ibis Hotel yang mengadap ofis orang |
Zarif tu memang kuat posing. |
Aktiviti kegemaran kanak-kanak |
Salji buatan manusia ni best gak layan. |
Pergi gym sebab rasa bersalah lepas makan tak ingat dunia. |
Aku pergi FF club yang paling dekat dengan hotel kitorang duduk tu. Yang ni namanya FF Melbourne Central. Kat atas shopping complex macam kat Empire tu jugaklah.
Beza kat sini takde free drinks. Semuanya kena beli. Awal-awal lagi awek kat front desk tu dah bagitau aku, "Miss, unlike Malaysian FF, you'll have to purchase the drinks here." Pastu, towel kecik pun diorang tak kasi. Ada towel mandi je. So, kau bayangkanlah bila masuk kelas, semorang dok bawak tuala mandi. Agak kelakarlah pemandangannya.
Dalam flight otw balik. Muka reluctant sungguh. Patutlah muka dia camtu, flight tu kena turnback. |
Masa dah last day kat Melbourne, aku cakap ngan husband aku, "rasa macam dah lama gila dok kat Melbourne ni." Husband akupun setuju. Pastu kitorang pun mengemas baju dengan sungguh excited sebab dah balik Malaysia (dan aku tak perlu makan kebab banyak-banyak lagi). Tapi, nak dijadikan cerita, adalah pulak adventure tak sengaja. Masa flight ke KL dah berlepas dalam beberapa minit, ada announcement mengatakan aircraft kena buat turnback sebab ada technical problem. Walaupun suara kapten tu macam cool je tapi kitorang semua dah tahu memang akan stranded lah kat sana. Kalau dah turnback, mestilah nak kena buat checking kat aircraft tu, kan?
Ternyata memang betul. Kami semua kena turun, ambik balik segala bagasi dan pergi lepak kat hotel. Masa tu diorang cakap next flight will be on the next afternoon. Tapi, bila kitorang dah kemas barang dan check out, katanya flight tu tak jadi jugak. Kena tunggu lagi satu hari, ada flight lain dari KL yang akan ambik kitorang.
Masa ni passengers semua dah mengamuk bagai nak rak, especially non-Malaysians. Orang Malaysia, macam biasalah, penuh sabar dalam menghadapi dugaan dan rintangan.
Kesian tau. Stranded 3 hari. Habis takde baju dah nak pakai. |
Nasiblah kan kalau kena macam tu waktu hujung-hujung cuti sekolah. Walaupun ada banyak flight dari Melbourne ke KL setiap hari, semua flight pun penuh. Ada juga passengers yang pergi naik Singapore Airline, land kat Changi, pastu balik Malaysia.
Segerombolan manusia yang stranded. |
Maka begitulah, betapa adventurousnya percutian kami di Australia. Tak shopping, tak jalan-jalan sangat, tapi adventure kat airport yang lebih.
Kawan aku suruh tulis novel pasal pembunuhan di airport. Hmmmm..... nantilah, kalau aku rajin.
1 comment:
Kak Dayang dengan Airport is synonymlah kak... hehehe
Post a Comment