It will not be too much to admit that our lives are generally beyond
ordinary comfort that, many in this world can only dream of enjoying. We owe it
all to our alma mater, second to our own old folks, for the excellent
foundation.
Now that the alma mater is a sexagenarian, it is time to joyfully
celebrate, to express our utmost gratitude. Among the many commemorative
occasions planned, is a Coffee Table book, carrying the objective of recording
and sharing the historical moments and unforgettable stories and memories from
1956 to 2016.
Ok, let's change the mood....
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mencuri buah nangka, eh.... bukan itu aje... tempat kita cabut rumput semalu sampai berdarah tangan, belajar masak maggi baldi, menyakat makcik amah sampai pengsan, kena denda pergi kelas demerit hampir setiap minggu, 'escape' prep duduk bawah tangga sampai tertidur, hambat 'intruder' guna kayu hoki dan banyak lagilah kenangan dan peristiwa sepanjang nak mula belajar jadi dewasa.
Kenangan ni kalau setakat kita bercerita dari mulut ke mulut, lama-lama cerita tu mati. Mungkin tak sampai pun kepada 2 generasi. Tapi kalau dicatat elok-elok siap dengan gambar yang cantik-cantik, buat buku berkulit tebal dengan kertas berkualiti tinggi, bolehlah juga disimpan dalam almari. Waktu petang-petang bila tinggal seorang diri minum kopi, kitapun selak-selaklah buku kenangan serba mewah yang sarat dengan seribu memori dan detik-detik bersejarah yang takkan berulang lagi.
Buku ini luar biasa. Bukan sekadar mencatat sejarah dan kenangan, malah mampu menginspirasikan pembaca untuk menjadi seperti tokoh-tokoh hasil acuan Sekolah Tun Fatimah yang telah mengukir kegemilangan dengan nama masing-masing gah di peringkat dunia.
Hajat di hati hendak berkempen, bukanlah nak berdrama tapi isi kandungan buku ini mampu mencetus ilham untuk anak-anak gadis sunti yang bercita-cita tinggi. Di mana kamu ingin bermula? Di STF lah salah satu tempatnya. Mahu menggali sejarah dan kisah kehidupan di Desa Tun kesayangan ramai ini? Semua itu ada terkandung dalam buku ini.
Bakal dilancarkan pada 1 Oktober 2016 di Hotel Istana, Kuala Lumpur semasa Majlis Makan Malam Perdana bersempena Sambutan Jubli Intan STF.
Seksyen soalan lazim
Soalan 1:
Harga berapa ni? Kategori buku mewah, kan?
Jawapan 1:
Harga pasaran ialah RM129.90
TAPI......
Jika pesan dari sekarang hingga ke majlis makan malam tu, boleh beli dengan harga istimewa iaitu RM110.40.
LEPAS TU.....
Jika pesan atau beli selepas majlis makan malam tu sehingga 31 Disember 2016, harga masih agak istimewa iaitu RM117.
ADA YANG LAGI ISTIMEWA!!
Boleh buat bayaran ansuran sebanyak 2 kali (tapi dengan harga belian RM129.90 lah, ya...) Bayaran pertama mestilah RM80. Selebihnya dalam bayaran kedua.
Soalan 2:
I tak dapat pergi dinner ni, lah. Macam mana I nak beli buku ni?
Jawapan 2:
Kami boleh pos ke alamat anda, anda cuma perlu tambah kos pos.
Soalan 3:
I tak sabar nak buku ni. I nak order sekarang jugak tapi taknaklah pos. How?
Jawapan 3:
Boleh aje order sekarang. Nanti datang ambil sendiri di Hotel Istana semasa dinner tu, ok?
Soalan 4:
Nak bayar dekat siapa ni? I dah tak sabar nak 'chop' buku ni. Kalau habis stok nanti penatlah nak tunggu korang reprint pulak.
Jawapan 4:
Bawa bertenang, ok.
Bayaran boleh dibuat ke akaun CIMB 8602136737 PERSATUAN BEKAS PELAJAR PELAJAR SEKOLAH TUN FATIMAH JOHOR BAHRU MALAYSIA.
Bukti pembayaran boleh di WhatsApp ke Srikandi Hotline 0193644337.
Soalan 5:
Orait. Malam ni jugak I transfer duit. Tapi masalahnya, macam mana nak order ni? I cadang nak beli 5 naskhah. Bukan kiasu tau, terlebih excited je.
Jawapan 5:
Online pre-order boleh dibuat di sini: STF Daripada Kaca mata Srikandi Tun Fatimah 1956-2016
Soalan 6:
Kalau I order untuk dipos tu agak-agak bila boleh sampai?
Jawapan 6:
Kami hanya akan mula mengepos selepas 10hb Oktober 2016.
No comments:
Post a Comment