Adv

Wednesday, October 04, 2006

Kisah sadis menyayat hati pada 10 Ramadhan

Ni entri kes bengang gila, sebab tu tulis cakap Melayu.
Tak tau le kenapa, bila bengang je tak reti cakap
Omputih, mesti nak membebel cakap Melayu jugak.

Macam ni ceritanya, pagi semalam saya kena pegi tempat
customer kat Putrajaya. Appointment pukul 10, jadi
keluar lah dari rumah dalam pukul 9 lebih camtu. Masa
lalu kat LDP kereta memang banyak tapi takdelah jam.
Ramai yang boleh bawak pecut berdesup-desup lagi. Oleh
kerana saya tak de apa sangat nak kejar, jadi bawak le
kereta dalam 60-70Km/hour je. Sambil tu dok menyanyi-
nyanyi (melalak sebenarnya) sesorang dalam kereta.

Sambil dok menyanyi, sempat lagi tengok rear-view
mirror sekali sekala, ada teksi sebijik kat belakang
drebar tu tengah berborak-borak dengan sorang pompuan
kat sebelah dia, wife dia kot.

Selepas Bandar Puteri, banyak kereta dah perlahan sebab
simpang nak pegi Putrajaya tak jauh kat depan tu. Lebih
kurang dalam 100 m lepas Bandar Puteri saya tengok kereta-
kereta kat depan semua dah tekan brek. Okay, saya pun
brek ajelah. Kereta depan berhenti, saya pun berhenti
jugaklah. Rilek takde apa yang nak dikejar.

Tiba-tiba terdengar bunyi emergency brek dengan bunyi
berdentum dari belakang. Belum sempat nak jeling rear-view
mirror dengar lagi satu dentuman dan serentak dengan itu
saya pun hampir tercampak ke depan. Nasib baik pakai
seat-belt, kalau tak mesti dah patah hidung. Argh, kereta
saya pun kena langgar jugak. Tension tak boleh cerita.

Masa tu kereta kat depan masih belum jalan. Sambil tu saya
tengok kereta belakang (teksi tadi tu) pintu boot nya dah
terangkat, mesti teruk kena hentam dari belakang tu. Muka
drebar ngan passengernya pun macam dah pucat lesi. Dalam
pada tu saya congak-congak jugak, bumper kereta saya ni
dah sah le scratch, harap-harap jangan tercabut, sudah.

Sambil berpikir-pikir tu tangan tiba-tiba menggigil.
Delayed shock kot... Dalam pada tu jugak rasa macam dilema
nak turun kereta ke tidak.

Masa kereta depan dah mula bergerak, saya terus congak-
congak dalam kepala (sempat lagi buat Maths tu...). Kalau
pegi ketuk kat workshop, mau kena dalam RM500 - 600 ni.
Kalau claim insurans, berapa agaknya diorang reset NCB
saya nanti?

Lepastu saya nampak dua-dua drebar kereta yang berlanggaran
kat belakang tadi dah mula keluar dari kereta masing-masing.
Mesti dah start nak nego ni. Dengan tak semena-mena saya pun
terus tekan minyak dan jalan dengan jayanya.

Dua tiga saat lepas tu, saya sendiri rasa hairan. Kenapa saya
tak turun ambik plet number dengan No IC diorang, ye? Nak kena
report polis ke? Kalau taknak claim insurans, nak kena
report polis jugak ke? Tadi tu banyak sangat kereta, rasa
ngeri pulak nak berhenti kat middle lane, dahlah saya sorang-
sorang pompuan. Dua-dua drebar tadi jantan, kalau kena buli
nanti, tak ke naya?

Okay, saya pun telefon hubby.

DNAS: Hello, u kat mana?

Hubby: Kat opis.

DNAS: I accident le kat LDP.

Hubby: Accident camana?

DNAS: 3 car piled up. I kat depan sekali tapi bukan salah I.

Hubby: Abih camana?

DNAS: I tak turun kereta le, I terus jalan je.

Hubby: Apsal? Kereta teruk tak?

DNAS: I ngeri la nak turun kereta. Tak sure teruk ke tak, belum check.

Hubby: Kalau teruk, camana nak claim insurans?

DNAS: Tak teruk kot. Takde bunyi apa-apa yang pecah pun.

Hubby: Abis, kalau hantar workshop, you nak pakai duit sendiri ke?

DNAS: Ha'ah. Ni nak kena report polis gak ke?

Hubby: Abih, you tak ambik diorang punya particulars, macamana nak report.

DNAS: Ha'ah, ek... (rasa bodohle pulak).

Hubby: Takpelah, nanti you check kereta tu. Petang nanti
you pegi ambik quotation kat workshop.

DNAS: Okay, nanti I pegi ( leh, nak ketuk keta pun kena pegi ambik quotation ke?)

Maka saya pun terus berhenti kat stesen minyak dekat tol LDP tu untuk check belakang kereta. Sekilas pandang, takde apa-apa yang serius. Bumper kiri ngan kanan terkeluar sikit. Pintu boot kemek sikit kat bawah plet number tu. Calar ada banyak jugak. Agak-agak mesti kena dalam RM500 lebih jugak ni. Hmmm... abisle budget nak beli handbag baru sebelum raya ni.

Kalau claim insurans, berapa agaknya diorang reset NCB tahun depan? Kalau kena banyar full premium, dah dalam RM2.5K beza dengan sekarang. Okay, takpe lah... bayar sendiri ajelah.

Jadi, lepas dah abis kerja kat Putrajaya, saya pun terus meluncur laju (eh, macam main ski la pulak) ke Glenmarie, nak pegi mintak quotation. Bila orang kat service center tu tengok keadaan belakang kereta saya, dia bagitau kena ketuk pintu boot, spray cat, bukak bumper, check dalam, spray bumper. So, jumlah kosnya - RM610. Hmm... okaylah kot. Bye bye my lovely handbag. Terus tinggal kereta kat situ.

Lepas tu telefon ofismet yang duduk dekat-dekat area rumah saya. Sorang tak de kat ofis, sorang lagi kat customer place. So, SMS Mr. Wolf, rumah dia pun kira dekat jugaklah dengan rumah saya, dalam 2km je jaraknya. Dia okay aje, dengan pantasnya dia datang jemput saya kat service center, biasalah tu... alasan nak balik opis awal.

Masuk-masuk je kereta dia, berdentum-dentam irama Hindustan. Leh, apasal pulak mamat ni layan Hindustan sekarang. Dia sengih je..

'I'm now back to my roots.' Dengan bangganya dia buat statement.

'Leh, kalau camtu, you should be listening to Tamil songs le...'

'Hahahah, you merendahkan kasta I.' Mr. Wolf menyeringaikan giginya yang
putih tapi ada kesan-kesan nikotin.

So, Hindustan pun Hindustanlah, janji dia sudi tumpangkan saya balik. Sepanjang perjalanan balik tu saya pun apa lagi, dok meluahkan rasa bengang sebab keta kena sondol tanpa kerelaan. Nasib baik la mamat tu sudi dengar, layan aje. Sekali-sekala dia kutuk jugak, apasal saya taknak claim insurans. Aiseh, dah terlambat le... nak
buat camana, kan?

Updated at 4.25pm:
------------------
Tadi ada member cakap, kalau accident tu bukan salah kita, NCB kita takde kena reset ataupun reduced percentagenya. Betul ke? Pastu dia cakap, kalau drebar yang lain tu buat report on me, my NCB will be affected? Laaaah, camtu ke? Apasal saya tak tau?

Maka, kesimpulannya:
1. Saya memang tak tau hujung pangkal pasal insurans ni.
2. Saya pemandu yang berhemah.
3. Bila ada problem saya settle sendiri, (tak membebankan laki le kononnya).
4. Layan Hindustan sekali sekala best jugak.

11 comments:

D.N.A.S said...

Leh, bila tulis cakap Melayu je alignment ngan justification lari. Ntah apa-apa ntah. Nak kena edit manual la ni.

Queens City said...

aduiiii la kakak...ni nak kata bengap...sah sah bengap...
alo alo...org langgar belakang kakak...diorang salah la pompuan...adoiiii...lenkali ambik jek diorang nye plet number...pi report polis utk claim insurans...kalau report polis akak buleh claim insurans dioranggggggggggggggggggggg...adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

rugi tau takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
silap ari bulan buleh beli 2 handbag tau takkkkkkkkkkkkkkkk

iskkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Angel Eyes said...

I lain sikit tau.

Few months ago when i was still in jay bee, time pagi2 buta nak gi keje. Kete semua tgh merangkak rangkak macam kura kura jalan. I pun tekan brek awal la gaks, tetapi...

satu teksi telah menyondol keretaku yg kiut itu.

Dan saya terus keluar dan bergaduh.

Eh, dpt RM200 pagi tu.

Hehe,padahal kete calar sket jer

Hehe

Anonymous said...

kak dayang x amik gambar bontot keta tuh ker...

D.N.A.S said...

Awin,
tima kasih kerana menumpangkan saya petang tadi. tima kasih jugak dengan ceramah panjang tu, barule paham selok belok nak claim itu ini.
Itulah pasal, sepanjang bawak keta tak penah accident, sekali accident dah dumbstruck...

Sheryl,
u mesti terrer nego, I ni fail.

Anon,
bontot dah cun balik dah, tadi dah siap ketuk and spray cat. Bersinar2, I tell u.

UglyButAdorable said...

hhaaahaa...tu la...u..kalau tgh keta byk eksiden tu berenti n turun jer..kalau ahak2 deserted tu takyah laaa...

neway..betapa sabar nyer la suami u tu...baguihh..

Queens City said...

sama-sama kasih

D.N.A.S said...

U.b.a,
hubby saya mmg sabar orgnya sebab tu dia jadik hubby saya... hahahahah.

Awin,
nanti conduct course kat kitorang, ek? Tajuk dia: Women: Know your rights!

kimi azhan said...

Dee... sorry, i ni busy, lama dah tak blogging! Kesian nye you.... and you MEMANG TAK SALAH LANGSUNG... coz kalau kena langgar dari belakang, kereta depan tak salah... yg kena saman or kena bayar is kereta belakang2 tu! Hmmm idea bagus nih.. boleh tulis article pasal driver's right! Anyway, you are very noble... sanggup korbankan beg raya semata-2 tak nak susahkan hubby...

Leilanie said...

Alahai........... kena langgar bontot, yek? Well, with the crazy crime rates going on right now, you made the right choice not to get out of your car.....

Bontot calar boleh di-repair, but life... is priceless.
:)

Glad you're alright.

D.N.A.S said...

Kimi,
yes please. Please write on women's rights on the road, in the house, in the office, on the football field etc. Malaysian women should contribute this kinds of writing to help others.

Leilanie,
the first thing that came to my mind when I saw the faces of the two male drivers was: 'Dua-dua, muka macam penyangak, haruskah aku nego dengan diorang ni?'.