Adv

Monday, October 12, 2009

Back to office - update 2 : Transfer of Technology to the Bibik

Entry ini akan ditulis dalam bahasa rojak sebab petang semalam aku baru lepas makan rojak dekat Jue punya open house. BTW, itulah satu-satunya open house yang aku attend tahun ni sebab yang lain tu semuanya tak sempat nak pegi.
Semalam jumpa Jue sempat jugak gossip-gossip pasal maid. Maid Jue dah nak balik bulan depan, maid aku pulak baru sebulan dok kat sini.

Selama ni aku dok prepare kalau-kalau maid yang datang ni jenis kampungan yang mungkin kat rumah takde api/air, mandi kat perigi dan pakai dapur minyak tanah. Kalau dapat yang kampungan macam tu memang masalah negara sebab nak kena educate pasal electricity, peti ais, guna blender, guna cerek elektrik, mesin basuh etc. Aku siap mintak mak aku bawak sorang perempuan yang berasal dari Indon yang dah lama duduk kat Malaysia untuk tolong ajarkan maid aku ni. Lagipun, oleh kerana aku memang tak pernah hayat hire maid, maka bahasa diorang memang aku sangat kurang arif.

Bila maid ni tiba, rupanya sangkaan aku meleset sekali. Dia ni datang dari kota metropolitan Jakarta. Cakap Indonesia proper, macam yang kita biasa dengar dalam Sinetron tu. Kadang-kadang tu dia cakap campur-campur English sikit. Maka, adalah sangat terkejut masa kali pertama aku terdengar. Masa tu aku nak pegi pasar, aku tanya dia nak beli apa-apa barang dapur tak. Dia pun bagitau aku senarai barang yang nak dibeli, termasuklah daun salam. Aku bagitau dia aku tak gerenti boleh jumpa daun salam kat pasar. Pastu dia cakap, 'Kalau nggak complete bahannya, nggak enak nanti, buk.' Hehehe... ternganga jugak aku masa tu.

Tapi, ada satu malam tu, lagi best. Aku kat dapur tengah basuh botol susu baby. Maid tu kat dalam bilik tengah lipat kain sambil tengok berita kat TV3. Aku terdengar dalam berita tu ada mention pasal Beyonce punya concert kat KL. Tak lama lepas tu aku dengar maid tu nyanyi lagu 'If I were a boy' - lagu Beyonce from latest album! Pendek kata maid aku ni ada sikit-sikit exposure sebagai orang bandar lah. Dia kata rumah dia kat Jakarta, lebih kurang macam kawasan rumah aku ni jugak - dekat dengan bandar besar. Okay jugaklah, at least bila bawak dia pegi shopping complex, takde lah dia kecut perut bila nak naik escalator ataupun lift.

The only weakness yang aku perasan dengan maid ni ialah aku rasa sebelum ni dia tak biasa sangat buat kerja rumah. Masak pun nak kena tunjuk satu persatu. First time dia goreng ikan, habis hangus. Sekarang ni pun bila dia goreng ikan, mesti banyak part yang tak masak. Nasib baik dia pandai masak tempe - makanan rasmi kat rumah aku ni. Kebetulan Mr. Hubby & bebudak ni bukan peminat gulai/kari/masak lemak dan makanan high cholesterol yang sewaktu dengannya. So, setakat boleh masak tempe/nugget/sosej/ayam masak kicap tu dah kira okaylah. Buat masa ni aku still kena tunjuk ajar dia buat masakan yang simple yang anak-anak aku gemar.

TAAAPIIIIII..... part kemas mengemas memang OUT lah maid ni. Aku rasa mungkin kat rumah dia dulu dia sendiri ada maid kot. Dia paling malas nak lap perabot yang mudah berhabuk. Macam pahat dengan penukul. Sekali aku suruh, sekali dia buat. Kalau aku tak suruh, alamatnya sampai seinci habuk kat perabut tu pun, dia buat donno aje. Part susun barang, susun pinggan mangkuk, toksah cerita lah.... Dah bagitau berpuluh-puluh kalipun, tak reti-reti jugak. Last-last aku jugak yang buat sendiri. Sikit hal aje lah setakat susun pinggan ni. Yang penting dia pandai jaga baby dan anak bujang aku dua orang ni.

Oleh kerana aku akan mula kerja dalam 2 minggu lagi, maka aku kena rajin keluar-keluar dan tinggalkan maid ni handle rumah & bebudak ni sendiri. Kalau aku asyik ada kat rumah, nanti bila aku start keje culture shock pulak dia. Sekarang ni aku kena banyak-banyak educate dia pasal safety & security. Part safety, maid ni boleh kira dah alert jugak lah sebab dia dah biasa jaga anak-anak dia. Tapi, part security agak mencabar jugak nak explain kat dia. Mungkin kawasan rumah dia tak banyak kes jenayah kot.

Maka selepas update blog ni, aku akan keluar, buat apa yang patut, shopping sakan contohnya. Pastu, balik karang check apa yang patut kat rumah ni. Pastu educate lagi maid ni on the dos and don'ts. Isy, banyak jugak kerja aku sekarang. Busy nih.... kalah wakil rakyat.

No comments: