Adv

Monday, July 04, 2011

Membebel di pagi Isnin

Pagi Isnin, aku datang ofis dengan hati berat, kepala lagi berat. Ramai orang benci Isnin, sama macam aku. Aku selalu doa supaya satu rombakan besar-besaran dibuat, dan kita semua mulakan minggu kerja cuma pada hari Selasa. Hari Khamis pula, sudah mula hujung minggu. Ini menjadikan Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad  dan Isnin adalah hujung minggu. Kalau sekarang pun, kebanyakan pekerja cuma produktif pada hari Selasa dan Rabu. Hari Isnin, Khamis dan Jumaat dipenuhi mesyuarat panjang lebar, status itu status ini. Semata-mata untuk memberitahu bos-bos besar dan para pelanggan apa yang mereka perlu tahu. Hantar status melalui email tak cukup bagus. Masih perlu pergi mengadap, tunjuk muka dan duduk dua jam depan projektor.


Kenapa banyak tindakan lambat? Kerana banyak masa dihabiskan untuk siapkan laporan. Satu minggu, kurang-kurang ada 5 laporan. Bila masa nak fikir strategi dan nak ambil tindakan? Kenapa banyak organisasi (tak kiralah swasta atau kerajaan) yang tiada pembaharuan? Jawapannya ialah kerana pekerja-pekerja ramai yang dibebani laporan dan kerja-kerja pentadbiran. 


Nasib yang sama juga menimpa para guru. Mengapa soalan peperiksaan semester di sekolah-sekolah, kualitinya dipersoalkan? Kerana ramai guru terpaksa buat sendiri dalam keadaan tertekan dan tiada penyelarasan. Guru-guru juga terjebak dengan kerja-kerja pentadbiran yang tidak begitu berkaitan dengan pelajaran dan pembelajaran.


Bebelan aku belum habis, tapi aku terpaksa berhenti dulu di sini kerana sudah dapat SMS yang minta aku menghadiri satu mesyuarat penting. Baru tadi juga aku tersedar ada 2 laporan yang aku haram belum sentuh.

3 comments:

Hi5 said...

I am not sure if I catch your drift correctly as everything is written in Malay, but I think it is what some people called 'Monday Blues'. Be cool...

D.N.A.S said...

Hi Hi5,
gimme a Hi5 because you're damn right.

John F SeaDemon said...

HAPPY BIRTHDAY, KAK DAYANG!!!! MUAH! MUAH!